Utusan Borneo (Sarawak)

Program derma darah anjuran KPJ Kuching dan HUS dapat sambutan

-

HOSPITAL Pakar KPJ Kuching dan Hospital Umum Sarawak (HUS) mengadakan program derma darah, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan KPJ Kuching dengan dibantu seramai lapan kakitangan HUS.

Kira-kira 23 penderma berjaya menderma darah yang mendapat sambutan menggalakk­an daripada kakitangan KPJ Kuching serta orang ramai.

Sehubungan itu, KPJ Kuching menerusi satu kenyataan menggalakk­an orang ramai agar sentiasa terus menderma darah demi menyelamat­kan nyawa.

 ??  ?? AKTIVITI MURNI: Orang ramai menderma darah sempena program derma darah anjuran KPJ Kuching dan HUS di KPJ Kuching, di Kuching baru-baru ini.
AKTIVITI MURNI: Orang ramai menderma darah sempena program derma darah anjuran KPJ Kuching dan HUS di KPJ Kuching, di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia