Utusan Borneo (Sarawak)

Sam Smith kembali dengan lagu baharu

- A6 Muka

SAM Smith, penyanyi soul Inggeris yang melonjak menjadi bintang dengan cepat hasil daripada album sulungnya tiga tahun lalu, sudah kembali dengan muzik baharu – dan hati terseksa dipercayai masih dalam fikirannya.

Smith berkata sebuah lagu baharu ‘Too Good at Goodbyes’, dikeluarka­n Jumaat ketika dia menyiarkan dalam media sosial satu gambar hitam putih yang menunjukka­n sejambak bunga yang sedang reput.

Dia memberikan coretan bagi lirik lagu tersebut, bermula dengan baris ‘Every time you walk out, the less I love you’. (Setiap kali kamu meninggalk­an aku, makin kurang aku mencintai kamu) Lagu itu dijangka yang pertama dalam album keduanya, susulan kepada album sulungnya yang berjaya ‘In the Lonely Hour’ dari 2014. Smith – yang diberkati dengan suara yang subur dan naik dengan selesa kepada falsetto – paling dikenali kerana lagunya dalam album sulung ‘Stay With Me’, lagu balada yang lemah lembut mengenai kerinduan bagi hubungan yang lebih daripada ‘one-night stand’. Warga London berusia 25 tahun itu menyatakan lagu itu mengimbau waktu gelap, apabila dia mengunjung­i bar gay untuk mencari cinta. Namun lagu itu turut membina kumpulan peminatnya dan dia tidak memakan masa yang lama untuk memenuhi arena. Di Anugerah Grammy pada 2015, Smith memenangi anugerah bagi Artis Baharu Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik – tiga daripada empat anugerah paling diidamkan di gala perdana industri muzik itu.

Sejak album pertama, Smith menemui kejayaan dengan lagu tema James Bond ‘Writing’s on the Wall’ – tetapi juga terpaksa berehat apabila dia menjalani pembedahan bagi pendarahan pada pita suaranya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia