Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas rentung dalam kebakaran

-

KOTA MARUDU: Seorang warga emas berumur 69 tahun rentung selepas rumah kayunya di Kampung Samparita Tengah, Jalan Tandek di sini terbakar malam kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Yaad@Abd Shaad Enggok.

Ia berkata mayat mangsa telah dikeluarka­n dari rumah itu oleh pihak polis.

Pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.37 malam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia