Utusan Borneo (Sarawak)

Affin jangka segmen pinjaman berkembang tujuh peratus

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi baharu FELDA Global Ventures Holdings Bhd ( FGV) Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, tiba di Menara FELDA pada jam 8.15 pagi semalam untuk tugas pertamanya dengan syarikat berkenaan.

Beliau akan mempengeru­sikan mesyuarat pertamanya dengan pengurusan kanan di aras 45.

Azhar disambut oleh Pengarah Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali serta pegawai bertugas Datuk Khairil Anuar Aziz.

Mereka kemudianny­a mengiringi Azhar ke aras 45.

Selepas mesyuarat pengurusan, Azhar dijangka mengadakan mesyuarat keduanya, kali ini bersama ahli lembaga pengarah syarikat, pada jam 3 petang. — Bernama KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menjangka segmen pinjamanny­a berkembang antara enam peratus dan tujuh peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2017, daripada RM44 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata sebahagian besar pertumbuha­n dijangka disumbang daripada segmen pengguna, diikuti perbadanan dan perusahaan kecil dan sederhana.

“Kami kini lebih meluas berbanding sebelumnya. Kami mencatatka­n pertumbuha­n sangat stabil di bahagian pengguna, yang merupakan latar belakang bagi Affin tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam, selepas mengumumka­n pemenang kempen ‘ O. M. G Returns! Bigger than Ever!’.

Kamarul Ariffin berkata anak syarikat bank itu, Affin Islamic Bank Bhd, juga mencatatka­n pertumbuha­n kukuh terutamany­a dalam segmen pengguna.

“Ini sejajar dengan kempen untuk mengembang­kan segmen perbankan Islam kami,” katanya.

Beliau berkata bank itu menumpukan kepada program transforma­sinya, Affinity, dan cadangan penyusunan semula yang dijangka dimuktamad­kan pada suku pertama 2018.

Di bawah cadangan penyusunan semula itu, Affin Bank akan mengambil alih status penyenarai­an Affin Holdings Bhd di pasaran utama Bursa Malaysia.

Penyusunan semula itu juga akan menyaksika­n Affin memindahka­n anak syarikat milik penuhnya, Affin Hwang Investment Bank Bhd dan Affin Moneybroke­rs Sdn Bhd, serta syarikat usaha sama 51 peratus miliknya AXA Affin Life Insurance Bhd dan syarikat sekutu 37.07 peratus miliknya AXA Affin General Insurance Bhd, kepada Affin Bank Bhd.

Kamarul Ariffin berkata bank itu dijangka dapat mengurangk­an paras pinjaman tidak berbayarny­a ( NPL) kepada antara 1.6 peratus dan 1.7 peratus pada akhir tahun daripada dua peratus ketika ini.

“Kami perlu menyusun semula beberapa akaun. Saya rasa selepas tempoh penyusunan semula, ia akan kembali kepada antara 1.6 peratus dan 1.7 peratus, sama dengan 2016,” katanya.

Sementara itu, kempen O. M. G Returns! Bigger than Ever! bank itu, yang berlangsun­g dari Disember 2016-Jun 2017, menyaksika­n enam pemenang hadiah utama membawa pulang kereta Proton Persona dan Myvi.

Selain itu, 16 pemenang tempat kedua meraih hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan baucar barangan elektrik bernilai RM2,000.

“Sejak kami memulakan kempen ini, kami mencatatka­n pertumbuha­n deposit runcit tahun ke tahun sebanyak RM545 juta atau 17 peratus, bersama dengan 48,732 akaun baharu,” kata Kamarul Ariffin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia