Utusan Borneo (Sarawak)

Azhar: Mesyuarat berjalan lancar, fokus kepada pelan untuk tingkat prestasi FGV

-

KUALA LUMPUR: Mesyuarat selama tiga jam bersama pengurusan kanan FELDA Global Ventures Holding Berhad ( FGV) di Menara FELDA semalam memberi fokus kepada pelan dan usaha untuk meningkatk­an prestasi syarikat, kata Pengerusi baharunya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.

Menurut beliau langkah tersebut dilihat penting agar syarikat tampil kompetitif dan dapat mencapai pertumbuha­n yang mampan pada masa hadapan.

“Walaupun syarikat berhadapan dengan krisis, namun situasi itu bukan penghalang kepada FGV untuk terus meningkatk­an momentum perniagaan.

“Kita fokus yang baikbaik sahaja untuk selesaikan satu persatu masalah secara berperingk­at,” katanya kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat di sini semalam.

Ditanya mengenai status Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, yang dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh lembaga pengarah syarikat pada 6 Jun lepas, Azhar berkata beliau akan mendapatka­n nasihat pihak berkepenti­ngan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. — Bernama KUALA LUMPUR: Saham FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia mendapat tarikan pada awal dagangan semalam apabila Pengerusi baharunya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berjanji untuk memulihkan syarikat itu serta menyelesai­kan isu-isu dalam kumpulan.

Pada 10.19 pagi, kaunter itu meningkat tujuh sen kepada RM1.71 dengan 13.45 juta saham diniagakan.

Azhar dijadualka­n mem- pengerusik­an dua mesyuarat pada hari pertama beliau bertugas semalam.

Mesyuarat pertamanya adalah dengan kakitangan pengurusan utama diikuti kemudianny­a mesyuarat kedua pada jam 3 petang dengan ahli lembaga pengarah.

Dalam laporan berita pada Sabtu, Azhar berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan FGV di samping menokok nilai kepada syarikat pertanian dan agro-komoditi dunia itu.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memulihkan keyakinan dalam syarikat dan juga memastikan semuanya dilakukan dengan betul … jadi, jika ada perkara yang samar-samar kami perlu selesaikan­nya.

“Dan saya juga mahu memastikan kami menyelesai­kan isu berkaitan dengan ketua pegawai eksekutif secepat mungkin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia