Utusan Borneo (Sarawak)

Peraduan ‘Shop, Win & Fly’ sempena ulang tahun kedua Vivacity Megamall

-

KUCHING: Vivacity Megamall mengadakan Peraduan ‘Shop, Win & Fly’ bersempena dengan sambutan ulang tahun keduanya di sini.

Pusat beli-belah Vivacity Megamall semalam berkata, pihaknya menyediaka­n hadiah percutian ke destinasi luar negara untuk meraikan hari indah itu bersama pasangan masing-masing bersama sedikit tunai.

Antara destinasi terpilih pihaknya adalah Bali, Taipei, Pattaya, Hanoi, Cebu, Hong Kong, Tokyo, Seoul dan Perth.

Cabutan tersebut akan dibuat secara bulanan dengan cabutan pertama bermula 30 September ini, disusuli 30 Oktober dan 30 November.

Sementara cabutan ulang tahun kedua akan dilakukan pada 12 Disember.

Pelanggan yang berminat hanya perlu berbelanja RM100 dan ke atas dengan maksimum kombinasi dua resit pada hari yang sama untuk melayakkan diri bagi tujuan cabutan.

Seterusnya bagi pelanggan yang belanja sebanyak RM500, mereka layak untuk mendapat sekeping lagi borang yang mana boleh didapati di Kaunter Perkhidmat­an Pelanggan, Tingkat Bawah Atrium C.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi pihak Vivacity Megamall di talian 082-263888 atau melayari laman web www.vivacity.com atau laman facebook di www. fb. com/ VivacityMe­gamall atau emelkan kepada event@ vivacity.com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia