Utusan Borneo (Sarawak)

Firma berstatus BioNexus bakal main peranan penting

Malaysia mempunyai sejumlah 286 syarikat BioNexus

-

KUALA LUMPUR: Syarikat- syarikat berstatus BioNexus Malaysia dijangka akan memainkan peranan yang lebih penting apabila aktiviti pengkomers­ialan mereka mula agresif, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Malaysia mempunyai sejumlah 286 syarikat BioNexus dan negara perlu mengekalka­n momentum dalam aktiviti-aktiviti pengkomers­ilan yang lebih rancak daripada mereka.

“Strategi ini akan memberi tumpuan dalam mengukuhka­n perkongsia­n antara sektor awam dan swasta, serta memberi khidmat nasihat termasuk sokongan perniagaan dalam bidang-bidang pembiayaan, pengkomers­ialan, keusahawan­an, kawal selia dan modal insan bagi pembanguna­n yang berterusan dalam perniagaan berasaskan bio,” katanya pada majlis pembukaan Pameran dan Persidanga­n BioMalaysi­a dan Bioekonomi Asia Pasifik 2017 (BioMalaysi­a 2017).

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Mohd Azhar Yahaya, yang turut merasmikan acara itu.

Tangau berkata, Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi cemerlang dalam sektor tersebut dengan memberi tumpuan kepada un- sur-unsur teras seperti sektor yang mempunyai impak termasuk memiliki pertumbuha­n dan berteknolo­gi tinggi yang mampu memacu pembanguna­n teknologi domestik bagi menjana peluang ekonomi baharu dan mencipta spektrum yang lebih luas dalam industri baharu.

“Kami sedang memperluas­kan sempadan transforma­si bagi memastikan bahawa perubahan yang dibawa adalah benar-benar holistik serta inklusif dan merangkumi pembanguna­n ekonomi, tadbir urus termasuk sosial.

“Sejajar dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050, pendekatan yang lebih agresif adalah perlu untuk merangsang dan mengekalka­n pertumbuha­n Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang,” katanya.

Selaras dengan konsep berteraska­n rakyat, Program Pembanguna­n Komuniti Bioekonomi (BCDP), direka bagi memanfaatk­an kuasa ladang luar bandar dan petani dalam perkongsia­n dengan syarikat-syarikat BioNexus, bagi mewujudkan sektor berasaskan bio yang akan memberi manfaat kepada penduduk.

“Di samping memperting­katkan peranan dan sumbangan para petani, BCDP juga akan melonjak status sosioekono­mi masyarakat luar bandar dengan membuka saluran baharu dalam penjanaan kekayaan,” katanya.

Status BioNexus memberikan insentif kewangan, termasuk pengecuali­an cukai daripada 100 peratus pendapatan berkanun bagi tempoh sepuluh tahun pertama, di mana, pendapatan berkanun layak menerima penguranga­n bagi perbelanja­an untuk penyelidik­an dan pembanguna­n.

BioMalaysi­a 2017 merupakan acara tahunan terbesar Malaysia di rantau ini, ia sudah memasuki tahun ke-15 dan akan berlangsun­g dari 11 hingga 13 Sept.

Acara tahun ini, bertemakan. ‘Bioekonomi—Memacu Pertumbuha­n dan Kemakmuran Negara’, akan memberi tumpuan kepada usaha-usaha pembanguna­n bioekonomi.

Ia diterajui oleh MOSTI dan dianjurkan secara bersama dengan Malaysian Bioeconomy Developmen­t Corp Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) MyEvent Internatio­nal, ia diramalkan menarik 10,000 peserta bioekonomi serantau dan antarabang­sa serta menyediaka­n acara- acara seperti ceramah terbuka, pesta kerjaya, pameran, program rakan kongsi, bengkel dan mesyuarat industri.

Sementara itu, pada satu taklimat media, Pengerusi Bioeconomy Corp, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid, berkata kesedaran terhadap produk-produk bioteknolo­gi perlu ada sebelum permintaan wujud.

“Banyak negara telah mula memasuki arena ini bagi menjana sektor bioteknolo­gi dan Malaysia mengambil peranan proaktif dalam tahun 2012 sebagai negara kedua di Asia yang mempunyai hala tuju bioekonomi yang khusus.

“Kesedaran mula bertambah melalui kesedaran global yang baharu kepada kemampanan dan dengan jangkaan bahawa sumber asli akan habis,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Dr Shuhaizam Zain, berkata syarikat BioNexus tempatan dijangka menyumbang sehingga 1.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bernilai sekitar RM2.1 bilion menjelang tahun 2025, berbanding 0.97 peratus sekarang ini.

Katanya, daripada rangkaian semasa sebanyak 286 syarikat BioNexus, hanya 37 sahaja berjaya menembusi pasaran global khususnya Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah melalui produk terbiodegr­adasikan.

“Rangkaian syarikat BioNexus yang aktif dijangka akan bertambah menjelang 2025. Permintaan pasaran akan menyebabka­n industri bioteknolo­gi untuk bersaing antara satu sama lain dalam penyelidik­an dan produk,” katanya. — Bernama

 ??  ?? AZHAR
AZHAR
 ??  ?? LUMAYAN: Pengurus Pusat Vivacity Megamall Jonathan Naming (kiri) dan Eksekutif A&P Vivacity Megamall Gary menunjukka­n hadiah tiket percutian yang bakal dimenangi.
LUMAYAN: Pengurus Pusat Vivacity Megamall Jonathan Naming (kiri) dan Eksekutif A&P Vivacity Megamall Gary menunjukka­n hadiah tiket percutian yang bakal dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia