Utusan Borneo (Sarawak)

Pembaca akhbar Kumpulan See Hua boleh tebus hadiah 15 Sept ini

-

MIRI: Selepas kejayaan acara hadiah tebusan pembaca yang julung kali diadakan awal bulan ini, See Hua Marketing Sdn Bhd Miri akan menganjurk­an acara yang sama pada 15 September nanti.

Ia dibuka untuk ketiga-tiga surat akhbar iaitu Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News.

Eksekutif Edaran See Hua Marketing Sdn Bhd Miri, Melvin Ng berkata, projek tebusan hadiah ini diadakan di bawah ‘ Collect Stamp, Redeem Gift’ yang akan diadakan di IngChoon Trading Company di Pusat Komersial Pelita.

Katanya, antara hadiah yang disediakan ialah tiket untuk menonton wayang di Golden Screen Cinemas di Bintang Megamall.

“Untuk menyertai acara ini, pembaca hanya perlu mengumpul dua setem yang dicetak pada 14 dan 15 September.

“Pembaca boleh mengumpul kedua-dua setem itu sama ada di Utusan Borneo, Borneo Post atau See Hua Daily News.

Katanya, pembaca boleh mendapatka­n hadiah tebusan berupa dua keping tiket wayang GSC pada 15 September, mulai jam 10 pagi di Ing- Choon Trading Company.

Katanya, hadiah berkenaan terhad kepada 100 pembaca pertama.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i Ng di talian 016-8764228.

Sementara itu, acara tebu- san yang pertama diadakan pada 8 September di Lido Photo Studio di Emart Tudan yang telah mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang awam khususnya pembaca.

Mereka menerima hadiah berupa 100 beg mengandung­i produk Indo Café yang disediakan oleh Regal Marketing & Trading Sdn Bhd.

Beliau berterima kasih kepada pihak yang menyediaka­n hadiah sekali gus mem- bolehkan acara itu berjalan lancar.

“Pemberian hadiah ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada pembaca yang menyokong ketiga-tiga surat akbar tersebut selama ini,” katanya.

 ??  ?? TUNTUT HADIAH: Sebahagian daripada 100 pembaca yang berbaris menuntut hadiah berupa beg produk Indo Café di Lido Photo Studio, Emart Tudan.
TUNTUT HADIAH: Sebahagian daripada 100 pembaca yang berbaris menuntut hadiah berupa beg produk Indo Café di Lido Photo Studio, Emart Tudan.
 ??  ?? TEBUS: Wakil GSC Arancy Yusom (dua kiri) menyampaik­an baucar hadiah berupa tiket wayang kepada Ng sambil diperhatik­an yang lain.
TEBUS: Wakil GSC Arancy Yusom (dua kiri) menyampaik­an baucar hadiah berupa tiket wayang kepada Ng sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia