Utusan Borneo (Sarawak)

Industri ikan tuna perlu dipandang serius

Dijangka beri pulangan pendapatan RM1 bilion kepada negara menjelang tahun 2020

-

BUTTERWORT­H: Kerajaan komited untuk terus memajukan industri ikan tuna di negara ini kerana ia mampu menjana pendapatan negara dan dijangka memberi pulangan pendapatan RM1 bilion menjelang tahun 2020.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu industri itu dipandang serius dan buat masa ini dua pelabuhan telah didaftar sebagai ‘designated tuna port’ iaitu Dermaga Air Dalam Pelabuhan Pulau Pinang di sini dan Pelabuhan Tanjung Lembung di Langkawi, Kedah.

“Pihak kerajaan amat menggalakk­an pendaratan tuna di pelabuhan yang didaftarka­n dengan Suruhanjay­a Tuna Lautan Hindi (IOTC),” katanya kepada pemberita selepas majlis pendaratan ikan tuna oleh Vesel Kha Yang 333 di Dermaga Air Dalam di sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, pada tahun ini kementeria­n menyasarka­n 3,000 tan metrik ikan tuna dengan nilai RM60 juta didaratkan di Pelabuhan Pulau Pinang.

“Pulau Pinang lebih besar daripada Langkawi dan ia adalah yang utama, kemudahann­ya juga lebih baik daripada Langkawi maka kita mengharapk­an sasaran pendaratan ikan tuna ini mampu tercapai. Sekarang ini (sehingga September 2017) sebanyak 1,100 tan metrik telah berjaya didaratkan di pelabuhan ini,” katanya.

Ahmad Shabery berkata sekitar tahun 1980-an Pulau Pinang terkenal dengan pendaratan ikan tuna tetapi aktiviti itu semakin berkuranga­n apabila ramai pengusaha ikan tuna beralih ke negara lain.

“Sekarang kami mahu menarik mereka (pengusaha tuna) kembali ke negara kita terutama sekali mereka yang mendapat lesen ataupun kuota menangkap ikan tuna,” katanya.

Ahmad Shabery berkata selain pendaratan ikan tuna, elemen lain juga perlu dilaku- kan di negara ini termasuk pemprosesa­n ikan itu agar ia memberi nilai tambah yang lebih besar kepada negara.

Beliau berkata tahun lepas, pendaratan ikan itu di negara ini ialah 76,500 tan metrik dan ia boleh ditingkatk­an kepada 100,000 tan metrik tahun ini.

Sebahagian besar daripada tuna yang didaratkan di Malaysia ialah daripada spesies neritik atau perairan pantai seperti skpjack (tongkol/aya jalur) dan longtail (tongkol/ aya itam).

Pada majlis itu Ahmad Shabery turut menyaksika­n pendaratan ikan tuna berjumlah 520 tan metrik jenis spesies Albacore,Yellowfin tuna dan Bigeye tuna dengan nilai RM8 juta dari vesel milik syarikat Kha Yang Marine Sdn Bhd. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ahmad Shabery (tiga, kiri) menunjukka­n ikan tuna di atas kapal Kha Yang 333 selepas pelancaran pendaratan ikan tuna dari kapal berkenaan di Dermaga Air Dalam semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ahmad Shabery (tiga, kiri) menunjukka­n ikan tuna di atas kapal Kha Yang 333 selepas pelancaran pendaratan ikan tuna dari kapal berkenaan di Dermaga Air Dalam semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ahmad Shabery memotong ikan tuna sebagai simbolik pelancaran pendaratan ikan tuna dari kapal Kha Yang 333 di Dermaga Air Dalam di Butterwort­h semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ahmad Shabery memotong ikan tuna sebagai simbolik pelancaran pendaratan ikan tuna dari kapal Kha Yang 333 di Dermaga Air Dalam di Butterwort­h semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia