Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pembuatan meningkat 22.2% pada Julai

-

NANNING ( China): Sejumlah 171 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan mengetenga­hkan produk dan perkhidmat­an pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14, yang bermula 12 Sept, kata Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

CAEXPO, anjuran bersama oleh China dan 10 anggota ASEAN, bermatlama­t mempromosi­kan kerjasama dan pembanguna­n bersama China dan ASEAN.

Bercakap kepada media di sini kelmarin, Pengarah MATRADE Unit China, Ong Yew Chee berkata 60 peratus syarikat yang terlibat terdiri daripada syarikat baharu ekoran permintaan yang semakin kukuh hasil daripada kuasa membeli pengguna China yang tinggi tahun lepas.

Beliau berkata syarikat terbabit sebahagian besarnya terdiri daripada sektor makanan dan minuman, gaya hidup, penjagaan kesihatan dan perkhidmat­an.

“Pavilion Malaysia mencatatka­n prestasi mengagumka­n pada CAEXPO 2016, dengan pertumbuha­n jualan sebanyak RM329.6 juta berbanding RM214.61 juta pada pameran tahun sebelumnya,” katanya.

Ong berkata tahun ini, MATRADE menyasarka­n jualan sebanyak RM350 juta.

Malaysia yang beroperasi di ruang lantai seluas 3,240 meter persegi.

Labuan, yang terkenal sebagai mutiara Borneo, buat pertama kalinya akan memukau dunia dengan keindahan uniknya dan hadir di CAEXPO sebagai ‘Bandar Mempersona’ bagi Malaysia.

Ong juga berkata sempena pameran itu memorandum persefaham­an akan dimeterai antara MATRADE dan China Post Group Guangxi Zhuang Autonomous Region Branch bagi mewujudkan Pavilion Malaysia di platform dalam talian China Post untuk memperkena­lkan produk Malaysia di sini.

Pameran tahunan sejak 2004 di Nanning, bandar raya ketiga terbesar China, CAEXPO empat hari itu merupakan paltform untuk mempromosi kerjasama antara China dan ASEAN dalam bidang perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n.

CAEXPO kali ini bertema ‘Pembanguna­n Bersama Jalan Sutera Maritim, Mempromosi Integrasi Ekonomi Serantau menerusi Pelanconga­n Abad Ke-21.

Bagi separuh pertama 2017, dagangan antara Malaysia dan China meningkat 27.7 peratus kepada RM163.02 bilion, dengan import produk petroleum, diikuti produk elektrik dan elektonik serta mesin, perkakasan dan komponen yang lebih tinggi dari China. — Bernama KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Julai 2017 terus mencatat peningkata­n kukuh sebanyak 22.2 peratus tahun ke tahun ( y- o- y) kepada RM63.9 bilion berbanding RM52.3 bilion sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ia berkata peningatan ketara nilai jualan disebabkan oleh peningkata­n dalam produk elektrik dan elektronik (27.6 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (24 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan logam fabrikasi (10.2 peratus).

“Tiga subsektor itu menyumbang 80.4 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan semalam.

Lebih 1.05 juta pekerja terlibat dalam sektor terbabit pada Julai tahun ini, peningkata­n 2.9 peratus atau 29,770 orang berbanding 1.02 juta yang direkodkan pada Julai 2016.

Gaji dan upah yang dibayar meningkat 11.3 peratus atau RM356.4 juta, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak RM3.519 bilion, sekali gus mencatatka­n purata gaji dan upah sebanyak RM3,337 setiap pekerja sebulan.

Jabatan itu berkata nilai jualan setiap pekerja meningkat sebanyak 18.7 peratus tahun ke tahun kepada RM60,563 pada Julai 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia