Utusan Borneo (Sarawak)

MNC, PKS digesa bekerjasam­a pasarkan produk halal ke peringkat global

-

KUALA LUMPUR: Syarikat multinasio­nal (MNC) yang beroperasi di negara ini digesa menjalin kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memasarkan produk halal tempatan ke pasaran antarabang­sa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut mahu PKS tempatan berani merebut peluang bekerjasam­a dengan MNC untuk mengembang­kan perniagaan mereka ke pasaran antarabang­sa.

“Saya cadangkan syarikat tempatan supaya ‘ketuk pintu’ syarikat multinasio­nal untuk memasarkan produk kita ke peringkat antarabang­sa,” katanya semasa sesi Dialog Perdana Industri Halal Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia