Utusan Borneo (Sarawak)

Shabaab serbu pangkalan tentera Somali

-

MOGADISHU: Pertempura­n sengit meletus semalam di pekan sempadan Somali Balad Hawo berhampira­n Kenya selepas Al-Shabaab meletupkan bom kereta nekad kemudian menyerbu pangkalan tentera, dakwa jurucakap kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda itu.

Shabaab yang ingin melaksanak­an versi tegas Islam di Somalia, kerap melancarka­n serangan di Mogadishu dan kawasan lain untuk menjatuhka­n kerajaan yang disokong Barat dan menghalau pasukan tentera pengaman Kesatuan Afrika.

“M u l a n y a s e o r a n g mujahidin dengan bom kereta merempuh pangkalan tentera, kemudian kami menyerbu,” menurut jurucakapn­ya, Abdiasis Abu Musab.

Kumpulan itu turut menyatakan 24 anggota tentera Somalia terkorban dalam serbuan itu, namun seorang pegawai tentera menyatakan hanya 10 maut.

“Kami telah dikejutkan dengan bom kereta nekad pada pagi ini dan kemudian pertempura­n sengit berlaku,” Mejar Mohamed Abdullahi memberitah­u Reuters dari pekan tersebut.

“Kami telah kehilangan sekurang- kurangnya 10 anggota tentera.

“Kami telah menghalau keluar Shabaab dari pekan ini. Kami juga berjaya membunuh tujuh militan.”

Angka kematian kedua-dua pihak mungkin meningkat, tambah beliau.

T e t a p i p e n d u d u k menyatakan pertempura­n masih berlaku.

“Pada mulanya kami mendengar satu letupan kuat di pangkalan tentera dan kemudian pertempura­n senjata yang sengit berlaku,” kata Suleiman Nur, pekedai di pekan itu.

“Shabaab menawan pangkalan tentera, balai polis dan sebahagian besar pekan,” tambah beliau.

“Namun kami masih mendengar pertempura­n senjata yang sengit di tepi pekan.

“Saya boleh melihat dua kenderaan tentera yang dirampas Shabaab,” katanya lanjut. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? TUNTUT DEMOKRASI: Penunjuk perasaan membawa gambar Lee (kiri) dan aktivis lain semasa mengadakan demonstras­i di Hong Kong, semalam.
— Gambar Reuters TUNTUT DEMOKRASI: Penunjuk perasaan membawa gambar Lee (kiri) dan aktivis lain semasa mengadakan demonstras­i di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia