Utusan Borneo (Sarawak)

Benci Yahudi, sekeluarga dirompak ganas

-

BOBIGNY: Sebuah keluarga Yahudi telah dipukul, dijadikan sebagai tebusan dan dirompak di dalam rumah mereka berhampira­n Paris disebabkan oleh keagamaan, kumpulan antikebenc­ian dan pihak berkuasa Perancis menyatakan kelmarin.

Tiga orang penyerang telah menyerbu masuk ke dalam rumah di subbandar Paris di Livry-Gargan pada lewat Khamis lepas, memukul mereka dan mengancam untuk membunuh mereka, sehingga salah seorang dari mereka berjaya melarikan dan memaklumka­n pihak polis, menurut badan pemerhati anti-Semitisme BNVCA.

Ia menyatakan penyerang memberitah­u tiga orang mangsa: “Kamu adalah orang Yahudi, kamu mempunyai wang. Kami mengambil wang daripada orang Yahudi untuk diberikan kepada golongan miskin.”

Salah seorang daripada mangsa adalah Roger Pinto, ketua Siona berusia 78 tahun, sebuah pertubuhan “membela penduduk Yahudi dan negeri Israel,” menurut peguam Pinto, Marc Bensimon.

Pinto telah ditendang beberapa kali di bahagian kepala dan lehernya, menurut Bensimon. Dua orang mangsa lain adalah isteri Pinto, yang berjaya memberikan amaran, dan anak lelaki Pinto.

Penyerang telah melarikan diri dengan barang kemas, wang tunai dan kad kredit, menurut pihak peguam.

Pihak polis menyatakan mereka telah membuka satu siasatan rasmi mengenai penahanan secara tidak sah, rompakan dan peras ugut dengan keganasan dilakukan oleh gabungan agama mangsa.

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerard Collomb telah menjanjika­n satu usaha utama untuk menangkap mereka yang bertanggun­gjawab “bagi tindakan pengecut ini yang kelihatan dikaitkan secara langsung dengan agama mangsa.”

“Semua benda akan dilakukan bagi mengenal pasti dan menahan mereka yang melakukan serangan jahat ini,” menurutnya.

Francis Kalifat, presiden kumpulan penaung CRIF organisasi Yahudi Perancis, mendakwa tindakan kejam ini bukti penduduk Yahudi di Perancis diancam malah di rumah mereka.

Penduduk Yahudi Perancis, komuniti terbesar di luar Amerika Syarikat dan Israel, meninggalk­an Perancis sejak kira-kira 12 tahun lalu.

Kira-kira 5,000 pemergian pada 2016 menambah kepada rekod 7,900 yang pergi pada 2015 dan 7,231 pada 2014.

Secara keseluruha­n, 40,000 Yahudi Perancis telah berhijrah sejak 2006.

Komuniti dikejutkan pada 2006 dengan penculikan dan kekejaman pembunuhan anti-Semitik lelaki Yahudi Ilan Halimi, 23, di subbandar Paris, yang diikuti kejadian tembakan di sebuah sekolah Yahudi di bandar barat daya di Toulouse pada 2012.

Pakar dan anggota komuniti Yahudi di Perancis menyatakan serangan sejak beberapa tahun, termasuk di sebuah pasar raya makanan Yahudi pada Januari 2015, bukan sebab sebenar mereka berhijrah sebaliknya keputusan dibuat atas pengaruh keluarga, agama dan ekonomi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia