Utusan Borneo (Sarawak)

Contoh pembersiha­n etnik kini di Myanmar: PBB

-

GENEVA: Pegawai kanan hak asasi manusia PBB semalam mengecam operasi keselamata­n kejam ke atas Rohingya Muslim di negeri Rakhine di Myanmar sebagai melampau jika dibandingk­an dengan skala serangan pemberonta­k yang bermula bulan lepas.

Ketegangan komuniti memuncak di seluruh Myanmar semalam selepas dua minggu keganasan di Rakhine yang mencetuska­n kira-kira 300,000 pelarian Rohingya ke Bangladesh dan memaksa kerajaan meningkatk­an keselamata­n di pagoda Buddha.

Zeid Ra’ad al- Hussein, berucap di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan lebih 270,000 penduduk telah melarikan diri ke Bangladesh, manakala ramai lagi terkandas di sempadan, di sebalik laporan kampung dibakar dan pembunuhan sembaranga­n.

“Kami telah menerima banyak laporan dan rakaman imej satelit yang menunjukka­n pasukan keselamata­n dan militia tempatan membakar kampung Rohingya, selain kenyataan konsisten pembunuhan sembaranga­n termasuk menembak orang awam yang sedang melarikan diri,” kata Zeid pada forum tersebut di Switzerlan­d.

B e l i a u m e m e t i k laporan bahawa pihak berkuasa Myanmar telah memasang periuk api di sepanjang sempadan dengan Bangladesh dan menuntut penduduk yang berpatah balik untuk membuktika­n kewarganeg­araan mereka.

Rohingya sudah berdekadde­kad tidak mempunyai hak politik dan sivil di Myanmar, termasuk hak kewarganeg­araan, tambah beliau.

“Saya menyeru kerajaan untuk menamatkan operasi ketenteraa­nnya yang kejam ketika ini, dengan akauntabil­iti atas semua penindasan yang berlaku, serta memulihkan pola diskrimina­si teruk yang menular kalangan populasi Rohingya,” tegas Zeid.

“Situasi sekarang kelihatan seperti contoh pembersiha­n etnik dalam buku teks.”

Tahun lepas pejabat Zeid mengeluark­an laporan berdasarka­n temu bual dengan Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh selepas serangan tentera sebelum itu, yang mencadangk­an serangan meluas dan bersistema­tik ke atas komuniti itu yang hampir menyamai jenayah antikemanu­siaan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia