Utusan Borneo (Sarawak)

Awg Adek mahu lepasan GIATMARA rebut peluang pembanguna­n

-

LANGKAWI: Program-program di Pusat GIATMARA Langkawi akan disesuaika­n untuk melatih modal insan yang mampu merebut peluang daripada perkembang­an pesat yang berlaku di pulau itu, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata ini bagi menampung kepeluan program pembanguna­n di pulau pelanconga­n tersebut yang menuntut ramai tenaga mahir.

“Program latihan ini cukup berkesan dan memberi faedah yang besar kepada penduduk setempat terutama sekali dalam bidang-bidang yang boleh menyediaka­n mereka untuk mendapatka­n pekerjaan ataupun menjalanka­n perniagaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW’ di Pusat GIATMARA Langkawi, di sini semalam.

Awang Adek turut berjanji untuk terus memberikan sentuhan yang sesuai kepada rakyat agar mereka dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih baik menerusia bantuan MARA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ADA BAKAT: Ismail Sabri (tengah) menunjukka­n aksi membuat teh tarik pada Majlis Moh Ngeteh Merdeka @KKLW di Institut Kemahiran MARA semalam.
— Gambar Bernama ADA BAKAT: Ismail Sabri (tengah) menunjukka­n aksi membuat teh tarik pada Majlis Moh Ngeteh Merdeka @KKLW di Institut Kemahiran MARA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia