Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sewakan lesen perniagaan kepada warga asing: John Ambrose

-

PENAMPANG: Penduduk kampung yang menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing perlu berhenti berbuat demikian.

Ketua UMNO Bahagian Penampang Datuk John Ambrose berkata, orang kampung yang mempunyai maklumat seumpamany­a boleh melaporkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

“Berniaga itu adalah satu perkara yang baik tetapi sebaikbaik­nya berniagala­h sendiri. Saya ingin melihat orang tempatan berjaya dan bukannya menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

“Orang kampung juga boleh melaporkan kepada KPDNKK sekiranya kedai-kedai runcit di kampung menawarkan harga barangan yang lebih tinggi daripada harga biasa,” katanya ketika merasmikan Program Seminar Kesedaran Kepengguna­an anjuran Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Penampang di sini pada Ahad.

Beliau berkata, program itu sangat baik kerana mampu meningkatk­an kesedaran mengenai hak khususnya wanita sebagai pengguna.

Katanya, para peserta yang terdiri daripada pelajar juga boleh menyampaik­an pengetahua­n yang diperolehi dalam program itu kepada ibu bapa masing-masing.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang Noraini Idris berkata, program itu menyediaka­n maklumat mengenai hak sebagai pengguna.

“Ramai dalam kalangan kita masih tidak sedar mengenai hak sebagai pengguna, oleh itu program ini secara tidak langsung akan menghuraik­an hak itu.

“Sekiranya mendapati sesebuah kedai itu menaikan harga barangan atau makanan, anda perlulah melaporkan kepada KPDNKK,” katanya.

Katanya, program itu juga penting untuk mendedahka­n orang kampung mengenai hak mereka sebagai pengguna bijak.

Menurutnya, program seterusnya akan diadakan dengan kerjasama GiatMara di mana, sebanyak tiga modul bengkel latihan akan diadakan khususnya bagi meningkatk­an bakat usahawan dalam kalangan wanita.

“Antara modul itu adalah program mekap tata rias wajah, dandanan rambut, sulaman reben dan bunga hiasan sofa,” katanya.— Bernama

 ??  ?? SIJIL: John menyerahka­n sijil penyertaan kepada salah seorang peserta, turut kelihatan ialah Noraini (dua kiri).
SIJIL: John menyerahka­n sijil penyertaan kepada salah seorang peserta, turut kelihatan ialah Noraini (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia