Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW sukar laksana pembanguna­n berkaitan tanah di Kelantan

-

PASIR PUTEH: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menghadapi kesukaran melaksanak­an projek pembanguna­n yang berkaitan dengan tanah di Kelantan terutama bagi memperluas ladang tanaman getah dan sawit.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata kesukaran itu disebabkan kerajaan Persekutua­n tidak mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan negeri Kelantan bagi mendapatka­n tanah yang mencukupi untuk pelaksanaa­n projek tersebut.

“Ini termasukla­h memperluas kawasan untuk dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Ke- lantan Selatan (Kesedar) iaitu agensi di bawah kementeria­n ini,” katanya ketika berucap merasmikan program Moh Ngeteh Merdeka KKLW sempena Hari Kemerdekaa­n 2017 Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Gong Datuk di sini, semalam.

Ahmad Jazlan berkata, kekangan untuk mendapatka­n tanah menyebabka­n usaha melibatkan penyertaan lebih ramai rakyat Kelantan dalam projek pembanguna­n tidak dapat dilaksanak­an.

Sementara itu, beliau mengingatk­an pekebun kecil getah dan penoreh supaya segera membuat permohonan dengan Lembaga Getah Malaysia bagi mendapatka­n bantuan musim tengkujuh sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan mulai November ini.

“Walaupun tarikh akhir pendaftara­n ialah pada 31 Okt ini tetapi mereka harus segera membuat permohonan bagi mengelak kesulitan jika membuat permohonan di saat-saat akhir,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n bahawa bantuan kewangan RM200 sebulan selama tiga bulan dari November 2017 hingga Januari 2018 diberi kepada 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara berikutan musim tengkujuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia