Utusan Borneo (Sarawak)

Bumbung SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat diterbangk­an ribut

-

JOHOR BAHRU: Bumbung sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Dalam dekat Segamat, diterbangk­an angin kencang dalam kejadian ribut pagi semalam, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian berlaku ketika kesemua pelajar sedang dalam waktu rehat.

“Jabatan Pendidikan Johor sudah diminta menilai kerosakan terbabit dan saya dimaklumka­n timbalan pengarah pendidikan Johor dan pegawai pembanguna­n Pejabat Pendidikan Segamat telah melawat tempat kejadian.

“Yang paling penting kejadian itu tidak melibatkan kecederaan kepada pelajar kerana kebetulan sedang waktu rehat,” katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.

Ayub turut meminta pelajar, ibu dan bapa tidak bimbang dengan kejadian tersebut kerana Jabatan Pendidikan Johor akan melakukan yang terbaik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an tidak terganggu.

Sementara itu, Pengetua SMK Dato’ Bentara Dalam, Zainal Abidin Sakiran ketika dihubungi berkata kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu menjejaska­n dua bilik darjah yang menampung 60 murid.

“Berlaku hujan lebat berserta ribut kira-kira 11 pagi tadi dan bumbung yang tercabut diterbangk­an angin itu hanya melibatkan satu blok bangunan. Nasib baik ketika kejadian kesemua pelajar berada di kantin,” katanya, menambah sekolah tersebut mempunyai lebih 800 pelajar berserta 94 guru. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia