Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan wakaf bangun kekuatan ekonomi Islam

Wakaf mendidik golongan berada menghayati konsep pemilikan harta ikut ajaran Islam: Abg Johari

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Ajaran Islam menuntut bahawa dalam harta golongan berada itu, ada hak golongan miskin walaupun mereka yang kaya itu sudah membayar zakat.

MIRI: Penyertaan umat Islam dalam amalan wakaf bukan sahaja dapat membantu golongan kurang bernasib baik tetapi membangunk­an kekuatan ekonomi Islam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata wakaf mendidik golongan berada menghayati konsep pemilikan harta mengikut ajaran Islam.

“Ajaran Islam menuntut bahawa dalam harta golongan berada itu, ada hak golongan miskin walaupun mereka yang kaya itu sudah membayar zakat,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha pada Majlis Perasmian Seminar Wakaf Negeri Sarawak semalam.

Abang Johari berkata wakaf diamalkan di Sarawak seperti mewakafkan tanah, tapak masjid, surau, tanah perkuburan, bangunan dan sebagainya.

“Di samping itu, terdapat la- pan Wakaf Khas dan satu Wakaf Am masih dalam proses tahun ini dan ia adalah satu perkembang­an baik di Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya, sudah tiba masanya konsep wakaf dipelbagai­kan dan tidak hanya disempitka­n kepada tanah, tanah perkuburan, rumah ibadat tetapi harta lain seperti wang tunai dan saham.

“Wang ringgit apabila diwakafkan memudahkan pengurusan tempat penerima wakaf dan penggunann­ya lebih pel- bagai asalkan dalam batasan niat atau tujuan diwakafkan,” katanya.

Tambahnya, meskipun wakaf tidak diwajibkan terhadap umat Islam ia merupakan satu amalan amat dituntut dalam Islam iaitu sunat muakad dan balasannya pahala berterusan.

Sehubungan itu, Abang Johari menggalakk­an amalan wakaf dalam kalangan umat Islam di Sarawak supaya menderma sebahagian harta mereka untuk tujuan pembanguna­n masyarakat.

“Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan orang pertama mengamalka­n wakaf (Wakaf Khas) iaitu mewakafkan Masjib Quba yang dibina semasa hijrah baginda ke Madinah diikuti wakaf Masjib Nabawi di Madinah,” jelasnya.

Abang Johari menarik perha- tian bahawa universiti terkenal di England, Oxford University juga dibangunka­n di atas model wakaf.

Beliau berharap lebih 500 peserta seminar wakaf mendapat manfaat dan pemahaman tentang wakaf dalam membantu ekonomi dan kesejahter­aan umat Islam khasnya di Sarawak.

Hadir sama Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf Datu Putit Matzen, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin serta tetamu lain.

 ??  ?? BUDAYAKAN WAKAF: Misnu (empat kanan) melakukan perasmian Seminar Wakaf Negeri Sarawak sambil disaksikan Abang Mohd Shibli (tiga kiri) Ahmad Lai (dua kiri) serta tetamu lain. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg
BUDAYAKAN WAKAF: Misnu (empat kanan) melakukan perasmian Seminar Wakaf Negeri Sarawak sambil disaksikan Abang Mohd Shibli (tiga kiri) Ahmad Lai (dua kiri) serta tetamu lain. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia