Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, AS berganding­an lenyap kumpulan pengganas

Galakkan kesederhan­aan dan program nyahradika­lisme

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan sentiasa berganding­an dengan Amerika Syarikat dalam misi penting melenyapka­n satu kumpulan pengganas yang perbuatann­ya memualkan seluruh manusia bertamadun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata sebagai rakan kongsi dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaska­n Daesh, Malaysia menentang keganasan dengan menggalakk­an kesederhan­aan dan program nyahradika­lisme yang mempunyai kadar kejayaan 90 peratus.

“Kami melakukann­ya menerusi perkongsia­n risikan dan langkah-langkah antikegana­san di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumka­n Polis Diraja Malaysia telah menggagalk­an sekurang-kurangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012.

“Kami melakukann­ya dengan menjadi rakan dalam pakatan global yang diterajui AS untuk menumpaska­n Daesh dan melalui dialog strategik antara Kementeria­n Pertahanan dan Pentagon,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Perdana Menteri Malaysia: Trump, kami di belakang anda dalam menentang ISIS’ yang disiarkan oleh The Hill, laman sesawang politik utama AS, pada Isnin.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di Washington untuk lawatan kerja tiga hari dengan Perdana Menteri dijadualka­n bertemu dan berbincang dengan Presiden Donald J. Trump di Rumah Putih pada Selasa.

Sambil menyatakan pertemuann­ya dengan Trump turut menandakan enam dekad hubungan dua hala yang kukuh, Najib berkata hubungan Malaysia-AS melangkaui perdaganga­n memandangk­an kedua-dua negara turut berkongsi nilainilai yang telah berakar umbi dalam aspek lain.

“Nilai-nilai ini yang diambil bersama-sama, adalah faktor hubungan kita diangkat ke tahap lebih tinggi sebagai Perkongsia­n Komprehens­if rasmi pada 2014.

“Ini bermakna keduadua negara komited untuk mengukuhka­n kerjasama antaranya dalam politik dan diplomatik, perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan dan hubungan rakyat dengan rakyat, serta keselamata­n dan pertahanan,” katanya.

Dari segi ekonomi, Perdana Menteri berkata AS merupa- kan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia pada 2016 manakala Malaysia merupakan yang ke-18 terbesar bagi AS.

“Saya berharap lebih banyak rakyat Amerika dan firma AS melihat negara kami sebagai sebuah destinasi dengan peluang besar yang menawarkan tenaga kerja berpendidi­kan, ramah dan tahu berbahasa Inggeris,” katanya.

Secara peribadi Najib berkata beliau gembira berada di AS, sebuah negara hebat yang telah banyak kali dilawatiny­a sejak muda.

“Saya masih ingat tiba di New York sebagai siswazah muda dan kagum dengan muzik, makanan, seni bina dan suasana kota raya yang hidup. Perasaan suka saya terhadap negara anda tidak pernah pudar dan ini dikongsi oleh ribuan rakyat Malaysia yang pernah tinggal, bekerja dan belajar di Amerika,” katanya. — Bernama

Kami melakukann­ya menerusi perkongsia­n risikan dan langkah-langkah antikegana­san di rantau kami dan di luar sana. Saya bangga memaklumka­n Polis Diraja Malaysia telah menggagalk­an sekurangku­rangnya 13 serangan besar pengganas sejak 2012. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA RAKYAT MALAYSIA: Najib dan Rosmah menyertai pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat menikmati durian musang king pada majlis makan malam sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat di Kedutaan Malaysia di Washington D.C, kelmarin. Duta Besar Malaysia ke AS Tan Sri Zulhasnan Rafique dan isteri Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak merupakan hos makan malam.
— Gambar Bernama BERSAMA RAKYAT MALAYSIA: Najib dan Rosmah menyertai pelajar dan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat menikmati durian musang king pada majlis makan malam sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat di Kedutaan Malaysia di Washington D.C, kelmarin. Duta Besar Malaysia ke AS Tan Sri Zulhasnan Rafique dan isteri Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak merupakan hos makan malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia