Utusan Borneo (Sarawak)

Sarikei Selected berjaya kuasai Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu

-

SIBU: Atlet kontinjen Sarikei Selected berjaya menguasai Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu 2017 Ke-13 yang melabuhkan tirainya di Stadium Tun Ahmad Zaidi, di sini Ahad lalu.

Kontinjen itu berjaya mengumpul 13 emas, sembilan perak dan tujuh gangsa meraih gelaran juara keseluruha­n, diikuti tempat kedua Sekolah Sukan Bukit Jalil dengan 13 emas dan tiga perak, manakala kontinjen Kuching Cats di tempat ketiga.

SMK Chung Hua MirI memunggut enam emas, empat perak dan 10 gangsa, diikuti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (5-9-6), Kelab Balapan dan Padang Kuching Axis Petra Jaya (3-1-2) dan Majlis Sukan Negeri Sembilan memunggut tiga emas.

Sarikei Selected turut merangkul gelaran kategori Lelaki Bawah (U)-11 dengan memunggut tiga emas, tempat kedua bagi acara Wanita U-14 (2-3-0) dan Terbuka Wanita (2x300) dan tempat ketiga acara Lelaki U-14 kategori (2-1-1).

Sebanyak 13 pingat emas, 11 daripadany­a diperolehi acara padang termasuk tiga rekod baharu dan sekali lagi menjadikan Sarikei Selected sebagai juara bertahan acara lontaran.

Sarikei Selected juga menghantar kontinjen terbesar iaitu seramai 95 atlet dan jelas mereka datang untuk menang.

Atlet-atlet terbabit berasal dari enam sekolah menengah iaitu SMK Sungei Paoh, SMK Bandar Bintangor, SMK Tong Hua, SMK Tinggi Sarikei, SMK Julau dan SMK Meradong serta empat sekolah ren- dah iaitu SJK Kwang Chien, SJK Su Ming, SJK Nan Kiew dan SK Nanga Dayu, Julau.

Sementara itu, sebanyak 20 rekod baharu berjaya dicipta pada kejohanan dua hari menarik lebih 936 atlet terdiri 65 pasukan dari seluruh negara buat pertama kalinya.

 ??  ?? KAMI JUARA: Atlet Sarikei Selected menunjukka­n pingat dan piala dimenangi pada Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu 2017 Kali Ke-13, Ahad lalu.
KAMI JUARA: Atlet Sarikei Selected menunjukka­n pingat dan piala dimenangi pada Kejohanan Olahraga Terbuka Sibu 2017 Kali Ke-13, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia