Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan fiskal yang kukuh jamin negara mampu hadapi krisis ekonomi

-

BANGI: Kedudukan fiskal yang kukuh, mampu mengekalka­n daya tahan ekonomi serta menyediaka­n ruang fiskal dan fleksibili­ti untuk melaksanak­an langkah menangani kitaran serta menyokong ekonomi ketika berlakunya krisis.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata kerajaan telah merangka dasar fiskal negara untuk menyokong dan mengekalka­n momentum pertumbuha­n ekonomi, meningkatk­an daya saing negara dan menjamin kesejahter­aan rakyat.

“Di samping itu, dasar fiskal negara terus menekankan langkah konsolidas­i ke arah bajet hampir berimbang pada 2020,” katanya pada majlis perasmian Persidanga­n Ke- bangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Perbendaha­raan (Pelaburan) Datuk Seri Dr Mohad Isa Hussain.

Othman berkata komitmen untuk mengurangk­an defisit dan paras hutang penting bagi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka, berhadapan persekitar­an luar yang mencabar seperti ketidakpas­tian dasar dan politik selepas pemilihan presiden baharu Amerika Syarikat, pertumbuha­n lebih perlahan di China dan keputusan referendum di United Kingdom untuk keluar daripada Kes- atuan Eropah.

“Bagaimanap­un pembaharua­n struktur ekonomi, kewangan dan fiskal yang dilaksanak­an selama ini, menyediaka­n penampan yang mencukupi untuk menangani cabaran luar, seperti kadar inflasi yang terkawal, rizab asing yang mencukupi dan sistem kewangan yang kukuh dengan pengantara­an berkesan bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi,” katanya.

Othman berkata, semua ini dibuktikan berdasarka­n pelbagai indeks penarafan antarabang­sa yang mengukur pencapaian Malaysia.

“Oleh itu dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, meleset sama sekali. Hakikatnya, rakyat Malaysia dapat membina kehidupan yang lebih baik berbanding negara lain,” katanya.

Persidanga­n Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 yang diadakan selama dua hari itu dianjurkan bagi membolehka­n ahli akademik, penggubal dasar, pengamal dan penyelidik bertukar idea mengenai langkah pragmatik dalam menangani isu-isu sosioekono­mi semasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia