Utusan Borneo (Sarawak)

Perikatan Arab terlibat jenayah perang: HRW

Konflik di Yaman saksikan serangan udara menyasari orang awam termasuk kanak-kanak

-

DUBAI: Human Rights Watch ( HRW) menuduh perikatan Arab Saudi yang berperang di Yaman melakukan jenayah perang semalam, dan berkata s e r a n g a n u d a r a n y a membunuh 39 orang awam termasuk 26 kanak-kanak dalam tempoh dua bulan.

Kumpulan hak asas i manusia itu berkata lima serangan udara yang terkena empat kediaman keluarga dan sebuah kedai runcit dijalankan sama ada dengan sengaja atau cuai, menyebabka­n kehilangan nyawa awam sewenang- wenang yang melanggar undang-undang perang.

Perikatan itu berulang kali menafikan dakwaan jenayah perang dan berkata seranganny­a menyasari musuhnya dalam pergerakan Houthi bersenjata di Yaman dan bukan orang awam.

Yaman dimusnahka­n oleh perang saudara di mana kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabang­sa, dan disokong oleh perikatan yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Britain, cuba mengekang kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai kebanyakan tempat di utara Yaman, selain daripada ibu negara Sanaa.

“Janji demi janji yang dibuat oleh perikatan Arab Saudi untuk melancarka­n serangan udara menurut undangunda­ng tidak mengecuali­kan kanak-kanak Yaman daripada serangan yang menyalahi undang-undang,” pengarah Timur Tengah dalam Human Rights Watch, Sarah Leah Whitson, menyebut dalam satu kenyataan.

“I n i me n g g a r i s k a n keperluan bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera mengembali­kan perikatan itu kepada “senarai keaiban” tahunannya kerana p e n c a b u l a n t e r h a d a p kanak-kanak dalam konflik bersenjata,” katanya.

Pada 4 Ogos lalu, pesawat p e r i k a t a n me n y e r a n g sebuah rumah di Saada, dan membunuh sembilan sekeluarga, termasuk enam kanak- kanak, berusia tiga hingga 12 tahun.

Pada 3 Julai lalu, serangan udara mengorbank­an lapan orang dari keluarga yang sama di wilayah Taiz, termasuk isteri dan anak perempuan berusia lapan tahun, kata organisasi tersebut.

HRW berkata, ia menemu ramah sembilan ahli keluarga dan saksi kepada lima serangan udara yang berlaku antara 9 Jun hingga 4 Ogos, dan tidak mengesan sebarang sebarang sasaran tentera yang berpotensi di kawasan berkenaan.

Peperangan ini sudah mengorbank­an lebih 10,000 orang, menyebabka­n lebih tiga bilion hidup dalam pelarian, selain memusnahka­n kebanyakan infrastruk­tur di negara yang daif itu.

Perikatan pimpinan Arab Saudi itu ditubuhkan pada 2015 untuk menentang puak Houthi dan anggota tentera yang bersekutu dengan mereka yang telah melepaskan misil ke negara tersebut.

HRW menyeru kepada Majlis Keselamata­n PBB untuk melancarka­n siasatan ant a r abang s a ke a t a s pencabulan berkenaan di sesinya pada September ini.

Kelmarin PBB berkata ia sudah mengesahka­n 5,144 kemat ian awam da l am pepe r angan di Yaman, terutamany­a akibat serangan udara oleh perikatan Arab Saudi, dan siasatan antarabang­sa diperlukan segera. — Reuters LONDON: Tiga lelaki, termasuk dua askar British, telah didakwa di bawah undang-undang keganasan atas tuduhan menjadi anggota sebuah kumpulan neo-Nazi yang diharamkan, kata polis kelmarin.

Kedua-dua askar, Mikko Vehvi lainen, 32, yang ditugaskan di Cyprus, dan Mark Barrett, 24, yang berada di Wales, didakwa menjadi anggota kumpulan National Action, yang pada tahun lepas menjadi kumpulan haluan kanan ekstrem pertama diharamkan kerajaan British.

Vehvilaine­n dan lelaki ketiga, Alexander Deakin, 22, turut dituduh memiliki dokumen yang berguna untuk pengganas.

Lima lelaki, termasuk empat askar berkhidmat, ditangkap kerana disyaki me l a k u k a n k e s a l a h a n keganasan pada minggu lepas dalam siasatan yang diketuai unit antiterori­sme Polis West Midlands.

“Tangkapan itu dirancang awal dan diketuai perisikan dan risiko tiada kepada keselamata­n orang awam,” kenyataan polis menyebut.

National Action diharamkan pada Disember lalu, enam bulan selepas pembunuhan penggubal undang-undang Jo Cox oleh penyokong haluan kanan ekstrem.

Cox, Ahli Parlimen parti pembangkan­g utama Parti Buruh, ditembak dan ditikam sehingga mati di kawasan pengundiny­a oleh Thomas Mair pada Jun 2016.

Mair menjerit “Britain diutamakan!” ketika dia membunuh Cox, dan National Action kemudian memuji tindakan Mair.

Ketika beliau mengharamk­an organisasi tersebut, Menteri Dalam Negeri Amber Rudd melabelnya sebagai rasis, anti-Semitik dan homofobia. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MENJADI MANGSA: Gambar fail 29 Ogos lalu menunjukka­n penduduk membawa kain rentang memaparkan gambar mangsa serangan udara perikatan Arab Saudi semasa mengadakan demonstras­i di pekarangan pejabat PBB di Sanaa.
— Gambar Reuters MENJADI MANGSA: Gambar fail 29 Ogos lalu menunjukka­n penduduk membawa kain rentang memaparkan gambar mangsa serangan udara perikatan Arab Saudi semasa mengadakan demonstras­i di pekarangan pejabat PBB di Sanaa.
 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? BEBAS: Garrido Lecca (kiri) meninggalk­an penjara di Lima, kelmarin manakala dalam gambar kanan pada 24 September, 1992 dia ditunjukka­n kepada media dengan memakai seragam penjara sejurus ditahan.
— Gambar Reuters/AFP BEBAS: Garrido Lecca (kiri) meninggalk­an penjara di Lima, kelmarin manakala dalam gambar kanan pada 24 September, 1992 dia ditunjukka­n kepada media dengan memakai seragam penjara sejurus ditahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia