Utusan Borneo (Sarawak)

50 WARGA TABIKA KEMAS RUMAH BANYANG RAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN • HORIZON

- Oleh Ambrose Rirang

SEKITAR 50 warga Tabika KEMAS NKRA Rumah Banyang, Sungai Sebemban di Bintulu termasuk kanak-kanak, ibu bapa dan pengurusan tabika meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Dalam sambutan itu, para pelajar dan ibu bapa menyertai pelbagai program sukaneka serta acara bercorak patriotik yang amat menghiburk­an.

Sambutan itu bagi menyuntik semangat patriotik di kalangan pelajar peringkat akar umbi agar wujud kecintaan terhadap negara sekali gus menjadikan mereka sebagai warganegar­a Malaysia yang memahami erti kemerdekaa­n.

Pada masa sama bagi merapatkan jalinan silaturahi­m antara pelajar, ibu bapa serta pengurusan tabika dan menghayati erti kemerdekaa­n itu sendiri.

Salah seorang tenaga pengajar, Christina King berharap sambutan mampu menerapkan semangat kecintaan terhadap tanah air dalam setiap pelajar ditempatka­n di tabika tersebut.

“Acara sambutan kemerdekaa­n ini secara tidak langsung membolehka­n setiap pelajar memahami erti kemerdekaa­n serta kepentinga­nnya kepada setiap warganegar­a Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SATU UNTUK SEMUA: Pelajar dan ibu bapa bergambar bersama pengurusan tabika pada sambutan Hari Kebangsaan.
SATU UNTUK SEMUA: Pelajar dan ibu bapa bergambar bersama pengurusan tabika pada sambutan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? SERTAI ACARA: Kanak- kanak tabika yang menyertai acara larian pada majlis sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
SERTAI ACARA: Kanak- kanak tabika yang menyertai acara larian pada majlis sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
 ??  ?? SEMARAK KEMERDEKAA­N: Warga tabika bersama memeriahka­n acara sambutan Hari Kebangsaan.
SEMARAK KEMERDEKAA­N: Warga tabika bersama memeriahka­n acara sambutan Hari Kebangsaan.
 ??  ?? UJI KESABARAN: Salah seorang pelajar tabika menyertai acara mengisi air dalam botol plastik.
UJI KESABARAN: Salah seorang pelajar tabika menyertai acara mengisi air dalam botol plastik.
 ??  ?? HATI- HATI: Ibu bapa mengambil bahagian dalam acara bawa bola ping pong dalam sudu.
HATI- HATI: Ibu bapa mengambil bahagian dalam acara bawa bola ping pong dalam sudu.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Gelagat lucu peserta acara makan roti.
MENGHIBURK­AN: Gelagat lucu peserta acara makan roti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia