Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita terbunuh dalam nahas motosikal, kereta

-

KUCHING: Perjalanan seorang wanita untuk mendapatka­n rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Rock di sini berakhir tragedi apabila dia terlibat dengan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawanya semalam.

Difahamkan, mangsa Daren Gadot berusia 48 tahun dan berasal dari Kampung Annah Rais semasa kejadian membonceng motosikal yang ditunggang­i anak lelakinya menuju ke hospital tersebut iaitu sekitar jam 12 tengah hari.

Bagaimanap­un, setiba di Jalan Tabuan, motosikal yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta menyebabka­n mangsa dan anaknya tercampak dari atas motosikal.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia,” kata sumber.

Manakala anak mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak sebelum dituntut ahli keluarga untuk tindakan selanjutny­a.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia