Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Sarawak tingkat mutu pendidikan

Bantuan kewangan dari sudut pembiayaan pendidikan kunci utama kejayaan lanjut pengajian di IPT

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam meningkatk­an mutu pendidikan sekali gus memacu pembanguna­n modal insan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata bantuan kewangan dari sudut pembiayaan pendidikan menjadi kunci utama kepada kejayaan melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam atau luar negeri.

Pada masa sama, katanya ia dapat meningkatk­an motivasi diri kepada golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

“Yayasan (Sarawak) telah memainkan peranan dalam kita hendak mengintegr­asikan anak bangsa dengan minda yang agak luas, menjadi asas untuk kita memberi sumbangan kepada negara.

“Jika ada IPT tetapi tidak ada pembiayaan mungkin susah untuk kita mengangkat anak bangsa khususnya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis makan malam sempena mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) Ke-27 di Wisma Adenan Yayasan Sarawak, di sini malam kelmarin.

Program anjuran Yayasan Sarawak dan Permuafaka­tan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) itu turut disertai delegasi MKKY.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong serta Menteri Mudanya Dr Annuar Rapa’ee, Ahli Lembaga Pengarah PEMBINA Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang.

Tambahnya, mempunyai bilangan IPT yang hanya

Jika ada IPT tetapi tidak ada pembiayaan mungkin susah untuk kita mengangkat anak bangsa khususnya mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

disertai golongan berada pasti membuatkan pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah berasa tersisih kerana tiada pembiayaan.

Justeru, kewujudan yayasan amat relevan dalam membantu menyalurka­n pembiayaan sekali gus menaik taraf pendidikan anak-anak.

“Itu (pembiayaan) merupakan satu pelaburan, kerana ia bertujuan memberi masa depan yang cerah kepada anak-anak.

“Selepas itu mereka (pelajar) akan kembali berbakti di negara ini, khususnya di negeri sendiri serta memberi sumbangan kepada pembinaan negara,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, yayasan perlu melakukan sedikit perubahan kepada kursus yang ditawarkan termasuk pengwujuda­n kursus baharu bagi memenuhi keperluan masa depan.

Pengerusi Yayasan Sarawak itu berkata zaman kini memasuki era baharu yang dilengkapi dengan kecanggiha­n teknologi mengikut peredaran masa.

“Dalam menempuh era baharu, mahu tak mahu yayasan yang membiayai dana ini hendaklah menukar penawaran kursus baharu yang tidak hanya tertumpu dengan kursus lama.

“Ia sebagai persiapan menghadapi keperluan tenaga mahir mengikut perubahan semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, atas sebab itu kerajaan negeri mahu meningkatk­an kualiti pendidikan dengan mewujudkan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi yang bertindak secara langsung dalam urusan pendidikan di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? TANDA KENANGAN: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Ibrahim pada majlis berkenaan malam kelmarin.
TANDA KENANGAN: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Ibrahim pada majlis berkenaan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia