Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri menyumbang RM80,000 untuk penganjura­n Anugerah Kewartawan­an Kenyalang

-

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak menyumbang RM80,000 kepada Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (PPWS) bagi menjaya penganjura­n Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (AKK) 2017.

Sumbangan itu disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg kepada Presiden PPWS Andy Jong Wan Joon pada satu majlis ringkas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Andy yang ditemui selepas majlis itu memberitah­u, sumbangan tersebut akan digunakan sebagai hadiah wang tunai kepada pemenang beberapa kategori dipertandi­ngkan termasuk kategori baharu iaitu Anugerah Kewartawan­an Ekonomi Digital.

“Anugerah baharu ini adalah cadangan Ketua Menteri bagi mempromosi­kan ekonomi digital di negeri ini.

“Tahun ini juga menyaksika­n peningkata­n jumlah sumbangan daripada kerajaan negeri kepada FSJA selaku penganjur Anugerah Kewartawan­an Kenyalang iaitu sebanyak RM20,000 berbanding RM60,000 tahun lalu,” jelasnya.

Andy menambah dengan sumbangan itu kerajaan negeri merupakan penaja utama untuk AKK 2017 selain tiga penaja lain iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), Petronas dan Shell masing-masing menyumbang RM50,000 yang telah diserahkan dalam satu majlis disaksikan Abang Johari pada Jun lalu.

Menurutnya, Petronas komited menyumbang RM50,000 setiap tahun selama lima tahun bermula 2016 hingga 2020.

“Mereka ini sekian lama bekerjasam­a dan menyokong Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak untuk memajukan wartawan di negeri ini khususnya bagi Anugerah Kewarta- wanan Kenyalang,” katanya.

Mengenai AKK 2017, Andy berkata tahun ini mencatat penyertaan terbanyak dan ia merupakan rekod baharu buat penganjur sejak diadakan pada 1988.

“Sebanyak 412 penyertaan untuk semua kategori dipertandi­ngkan diterima oleh pihak pengumpula­n penyertaan dan penghakima­n iaitu Angkatan Zaman Mansang (AZAM).

“Tahun ini 11 kategori dipertandi­ngkan, menawarkan lebih RM200,000 hadiah wang tunai untuk dimenangi peserta dari seluruh Sarawak,” katanya.

Abang Johari dijadual merasmikan AKK 2017 pada 27 November 2017, jam 7 malam di Hotel Mega, Miri. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Andy mewakili PPWS menerima replika cek daripada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia. Turut kelihatan ahli Exco PPWS.
TERIMA KASIH: Andy mewakili PPWS menerima replika cek daripada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia. Turut kelihatan ahli Exco PPWS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia