Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan ketua kaum Cina bantu mangsa banjir Lidong

-

SRI AMAN: Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sri Aman telah menyampaik­an sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa banjir di kawasan Lidong, bahagian Betong di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Cawang Engkilili dekat sini pagi se- malam.

Pengerusi Persatuan Pemanca Lee Siang Hua berkata, sumbangan itu adalah sumbangan Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sri Aman bagi membantu masyarakat yang ditimpa bencana banjir di kawasan Engkilili baru-baru ini.

Menurutnya, sumbangan berkenaan berbentuk wang tunai RM2,000 dan diharap ia dapat digunakan untuk membeli segala barangan asas, makanan dan sebagainya bagi disalurkan kepada mangsa banjir di kawasan terlibat.

Terdahulu, sumbangan berkenaan diterima Pengerusi SUPP Cawangan Engkilili Kaunselor Roy Edward Entalai.

Hadir sama pada majlis berkenaan, ahli persatuan berkenaan, Kapitan Tiong Chong Onn, Kapitan Kiew Siew Teck, Kapitan Sim Ah Piang serta ahli persatuan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia