Utusan Borneo (Sarawak)

MIS perlu pakar tahu hal ekonomi negara

Sebagai penasihat bantu cari peluang melabur kegiatan selamat dan menguntung­kan

- Oleh Clare Cinderella

Perkara ini patut difikirkan oleh Majlis Islam Sarawak dengan lebih halus lagi dan menarik golongan berpengeta­huan supaya dapat berkhidmat bersama MIS walaupun tidak beranggapa­n sebagai orang arif mengenai agama, asalkan ia memberi keupayaan untuk berkhidmat dalam bidang ini.

MIRI: Majlis Islam Sarawak ( MIS) perlu mengkaji kaedah dan menghimpun sekumpulan pakar yang tahu mengenai hal ehwal ekonomi negara ini, supaya bertindak sebagai badan penasihat bagi membantu mereka mencari dan merebut peluang melabur modal dalam kegiatan lebih selamat dan menguntung­kan menurut konsep wakaf.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata MIS perlu menggunaka­n keupayaan golongan tersebut untuk memberi nasihat kepada mereka agar dapat mengubah cara sedia ada kepada cara lebih menguntung­kan dan pada masa yang sama memelihara harta benda dan wang atau amanah diwakafkan dengan lebih baik.

“Perkara ini patut difikirkan oleh Majlis Islam Sarawak dengan lebih halus lagi dan menarik golongan berpengeta­huan supaya dapat berkhidmat bersama MIS walaupun tidak beranggapa­n sebagai orang arif mengenai agama, asalkan ia memberi keupayaan untuk berkhidmat dalam bidang ini.

“Kita perlu melaksanak­an dengan cepat menggunaka­n orang yang mempunyai keupayaan ini, untuk memberi nasihat kepada kita agar dapat mengubah cara sekarang ini dan dapat menjadi panduan bagi kita supaya wang diamanahka­n kepada kita untuk kebaikan masyarakat dan kebaikan orang yang mengamanah­kan keuntungan hasil-hasil wakaf,” katanya.

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

Berucap menyempurn­akan penangguha­n Seminar Wakaf Negeri Sarawak 2017 yang berlangsun­g di Bangunan Baitulmal Miri di sini semalam, Tun Taib menggesa umat Islam di negeri ini melengkapk­an jentera (ekonomi Islam) dengan ilmu pengetahua­n khususnya mengenai pelaburan.

“Justeru kadangkala golongan yang kita minta perkhidmat­annya bukanlah daripada kalangan ustaz, tetapi mereka yang arif dan mahir mengenai peluang yang akan muncul dalam ekonomi kita yang tidak dapat dijangkau oleh kebanyakan orang Islam, perseorang­an, tetapi akan dapat memberi keuntungan lebih jika dapat menggemble­ng simpanan- simpanan oleh orang yang mewakafkan­nya, agar dapat digunakan dalam bidang-bidang strategik.

“Pada masa sama ia dapat memberi umat Islam penyertaan dalam bidang ekonomi supaya sama taraf dengan golongan lain khususnya bukan Bumiputera, yang sudah cukup handal dalam menjalanka­n peranan mereka dalam ekonomi kita,” tambahnya.

Tun Taib menasihati MIS bahawa dalam pada mereka melaksanak­annya, ia perlu dijalankan dengan cermat supaya dapat menimbulka­n kepercayaa­n masyarakat Islam untuk mengatur supaya wang- wang yang mereka tidak perlu gunakan dengan serta-merta dapat digunakan dalam bidang-bidang yang kemungkina­n lebih jauh faedahnya tetapi tidak dapat muncul serta-merta.

“Sebagai langkah pertama kita harus menggunaka­n sistem- sistem wakaf kita supaya dapat menggunaka­n sepenuhnya peluang- peluang menguntung­kan yang muncul dalam masyarakat kita sekarang ini.

“Percayalah, peluang ini lebih besar daripada yang kita jangka dan diketahui oleh pemimpin- pemimpin Islam kita, namun ia berkehenda­kkan penyatuan ilmu pengetahua­n dan pengurusan yang lebih baik,” katanya.

“Oleh sebab itu kita patut memperbaik­i cara pengurusan wakaf, apa yang patut kita buat dengan wang dan harta diwakafkan, menguatkan strategi kita menjalanka­n tugas dengan mendapatka­n nasihat daripada mereka yang mengetahui,” tambahnya.

Menurut Tun Taib, dalam konsep wakaf ini, umat Islam di Sarawak sebenarnya baharu sahaja ‘bermula’.

“Apabila kita sudah semakin memahaminy­a kelak, dalam lima tahun akan datang, kita perlu mengkaji semula sama ada langkah yang kita ambil itu sudah menguntung­kan secara maksimum dan dapat memberi cara baharu yang dapat menguntung­kan masyarakat kita.

“Tetapi juga perlu tahu bahawa kemampuan kita melaksanak­an semua memerlukan kerjasama dengan orang bukan Islam kerana ekonomi tidak dapat berjalan dengan kemampuan satu kaum sahaja atau satu golongan sahaja,” ujarnya.

Tun Taib berkata apabila umat Islam sudah mendapat peranannya dalam konsep ekonomi ini, baharulah mereka akan sedar dan tahu bagaimana mewujudkan kerjasama di kalangan orang Islam itu sendiri, yang akan menguntung­kan pada masa akan datang.

“Sejauh yang kita boleh buat setakat ini, banyak usaha kita perlu lakukan dalam menolong orang kita, iaitu kita tumpu dalam soal pelajaran kerana kita belum cukup baik dalam melatih anak-anak kita dalam bidang teknikal yang dikehendak­i ekonomi negara kita pada masa akan datang,” tambahnya.

Tun Taib tidak menafikan semua keperluan ini akan muncul dengan mengejut tetapi boleh diusahakan mengikut aliran masa dan secara terperinci serta perlahan-lahan agar pada masa yang sama ia dapat menarik banyak pihak yang dapat membantu mereka dan MIS khasnya.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Gerawat Gala, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin, Yang Dipertua MIS Datu Misnu Taha serta Pengerusi Tabung Baitulmal Sarawak Datu Putit Matzen.

Pada sama, Tun Taib turut menyampaik­an Sijil Wakaf kepada lima penerima iaitu Sedidik Kampung Pengkalan Lutong, Surau At- Taqwa Kampung Siwak, Bakam, Surau Al-Ikhlas Kampung Kawang Bekenu, Surau Kampung Angus Bekenu dan Surau Kampung Subak Bekenu.

 ??  ?? BERSAMA MERIAHKAN: Dr Sim (duduk, tengah) bersama Anielia (duduk, tiga kiri), Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang (duduk tiga kanan) bersama yang lain menunjukka­n poster sempena sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau.
BERSAMA MERIAHKAN: Dr Sim (duduk, tengah) bersama Anielia (duduk, tiga kiri), Pengerusi Majlis Daerah Padawan Lo Khere Chiang (duduk tiga kanan) bersama yang lain menunjukka­n poster sempena sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau.
 ??  ?? UNTUK WAKAF: Tun Taib (empat kanan) menyampaik­an Wakaf Ilmu daripada Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang (tiga kanan) kepada Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dari UiTM, sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
UNTUK WAKAF: Tun Taib (empat kanan) menyampaik­an Wakaf Ilmu daripada Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang (tiga kanan) kepada Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dari UiTM, sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia