Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga acara bakal meriahkan Bau hujung minggu depan

-

KUCHING: Bau bakal meriah pada hujung minggu depan dengan penganjura­n tiga acara utama yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-60 Majlis Daerah Bau.

Program yang bermula pada 22 hingga 24 September itu termasuk majlis meraikan sambutan ulang tahun ke-60 majlis daerah, majlis pecah tanah bangunan baharu Kompleks Pejabat Daerah Bau dan Karnival Tasik Biru.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, acara sambutan selama tiga hari berkenaan akan menyaksika­n lebih 30 aktiviti lain termasuk sukan, pendidikan, keusahawan­an dan komuniti.

“Tahun ini merupakan istimewa kepada Majlis Daerah Bau kerana mereka meraikan sambutan ulang tahun ke-60 yang menjadikan ia salah sebuah majlis tertua di Sarawak.

“Bagi pejabat Majlis Daerah Bau, mereka telah menggunaka­n pejabat sedia ada sejak 80 tahun lalu dan ada keperluan untuk kompleks baharu,” katanya pada sidang di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu majlis perasmian pecah tanah kompleks berkenaan dijangka disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada 23 September.

“Ia hari amat bermakna kepada majlis memandangk­an kompleks baharu ini menjadi mercu tanda kepada Bau,” tambahnya.

Manakala pembinaan kompleks pejabat baharu itu menurut Pegawai Daerah Bau Anielia Siam, dijangka bermula pada 2018 dan dijangka siap pada 2020.

Bangunan dua setengah tingkat yang menelan kos kira- kira RM5 juta akan menjadi yang tertinggi dan terbesar di Bau, sebaik ia siap nanti.

“Bagi penganjura­n Karnival Tasik Biru, ia menyaksika­n penglibata­n semua wakil rakyat tempatan termasuk Ahli Parlimen bersama merancang program terbabit,” katanya.

Bau hanya terletak 35km dari Kuching, justeru Dr Sim mengajak penduduk tempatan datang beramai- ramai menyertai program terutama tiga sambutan utama itu.

“Kami menjangkak­an 5,000 orang hadir berkunjung pada acara pembukaan pada 23 September,” ujarnya.

Selain itu antara aktiviti yang diadakan selama tiga hari itu termasuk pameran, Dapur Bau, zumba, regata jong, pertanding­an ratu cantik, jualan kraf dan cenderamat­a, gusti lengan, pertanding­an menyumpit, permainan, sukan, pameran auto, perlumbaan bot berkuasa tinggi dan banyak lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia