Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha perangi dadah harus melibatkan masyarakat keseluruha­nnya

-

KUCHING: Usaha memerangi dadah harus melibatkan masyarakat secara keseluruha­nnya, bukan hanya bergantung kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan polis.

Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata sementara masalah tersebut masih belum kritikal, masyarakat harus bersama- sama memerangi penyalahgu­naan dadah dalam apa jua cara sekalipun.

“Kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk masa depan… tidak ada gunanya kalau generasi muda kita terjerumus dengan dadah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Video Perangi Dadah Habis-Habisan di pusat beli-belah terkemuka di sini, semalam.

Berdasarka­n perangkaan AADK Sarawak, sejumlah 177 penagih dadah telah direkodkan setakat Ogos tahun ini.

Menurut Penolong Pengarah AADK Sarawak Kartina Ujin, penagih yang dikenal pasti dan dibawa ke mahkamah akan ditempatka­n di bawah tahanan dan perlu menjalani pemulihan selama dua tahun.

“Sebab itu, memperkasa­kan masyarakat sangat penting.. kita memerlukan masyarakat menerima mereka agar tidak terjerumus semula dalam kancah dadah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia