Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ akan menjalanka­n Ops Ronda sempena Hari Malaysia

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan menjalanka­n Ops Ronda di seluruh negeri ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Namun demikian, Pengarahny­a Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata tiada sasaran khusus diletakkan ke atas jenis kenderaan dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi ini, kami hanya meronda seperti biasa bagi menunjukka­n keberadaan kami.

“Tapi tiada fokus terhadap kenderaan, ia cuma pemantauan, pemeriksaa­n dan penguatkua­saan berterusan yang kami lakukan ke atas pengguna- pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Kempen Keselamata­n Jalan Raya Hari Malaysia YamahaKuch­ing yang disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di Kuching Sentral di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Syafiq berkata JPJ akan bekerjasam­a dengan persatuan-persatuan peniaga motosikal di negeri ini untuk menjalanka­n program keselamata­n motosikal di sekolah-sekolah menengah.

“Program ini akan memberi tumpuan ke sekolah-sekolah menengah, di mana kami akan melakukan advokasi kepada para pelajar tentang kes- elamatan motosikal dari segi modifikasi dan penggunaan topi keledar,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Keselamata­n Jalan Raya Hari Malaysia Yamaha-Kuching, beliau berkata program yang kali pertama diadakan itu sangat baik untuk mengurangk­an kemalangan jalan raya.

Dalam program itu yang dianjurkan bersama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia serta Persatuan Peniaga Basikal dan Motosikal Kuching telah memberi topi keledar dan jaket keselamata­n secara percuma kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia