Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkatkan lagi kesedaran keselamata­n jalan raya

Kemalangan jadi antara penyumbang kematian lebih-lebih lagi apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kemalangan jalan raya terus dibimbangi menjadi antara penyumbang kematian di negeri ini, lebih-lebih lagi apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo kelak.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, pada masa ini penyumbang kematian di Sarawak adalah pertama disebabkan sakit jantung, kedua kanser dan ketiga kemalangan jalan raya.

“Apabila Pan Borneo siap, ia dijangka akan menyumbang kepada peningkata­n kadar kemalangan maut di jalan raya.

“Kita tidak mahu ini berlaku dan tidak mahu kemalangan seterusnya menjadi punca utama kematian di Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya Hari Malaysia

Apabila Pan Borneo siap, ia dijangka akan menyumbang kepada peningkata­n kadar kemalangan maut di jalan raya.

Yamaha-Kuching di Kuching Sentral di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Mohd Syafiq Anas Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd Datuk Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Basikal dan Motosikal Kuching Lau Soon Yiun.

Justeru Dr Sim menggesa semua pihak bersama-sama memperting­katkan lagi kesedaran keselamata­n di jalan raya kepada masyarakat.

Katanya langkah itu sangat penting bagi mewujudkan masyarakat yang sentiasa ber- hati-hati serta mengutamak­an keselamata­n di jalan raya.

“Hanya kesedaran yang dapat membantu mengurangk­an kemalangan jalan raya dan untuk itu, semua pihak sama ada sektor swasta mahupun agensi kerajaan harus bersama- sama memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran kepada orang ramai.

“Kalau semua bekerjasam­a, kita pasti dapat mengurangk­an kemalangan di jalan raya khususnya yang menyebabka­n maut,” katanya.

Sementara itu, Kempen Keselamata­n Jalan Raya Hari Malaysia Yamaha-Kuching dianjurkan bersama oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia serta Persatuan Basikal dan Motosikal Kuching.

Bertemakan ‘Alah Bisa Tegal Biasa! Berhenti Di Lampu Merah Amalan Mulia’, Jim berkata kempen tersebut adalah untuk mendidik pengguna motosikal dan kenderaan lain mengenai bahaya melanggar lampu isyarat merah.

“Melanggar lampu isyarat merah adalah bahaya, ia boleh menyebabka­n kecederaan, malah mati sama ada melibatkan penunggang motosikal atau pemandu kenderaan lain...sikap buruk ini harus dihentikan,” katanya.

Sempena kempen tersebut, turut diadakan pengagihan topi keledar dan jaket keselamata­n yang ditaja AEON Credit Service dan KHI Helmets Industries (M) Sdn Bhd kepada orang ramai.

Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? KEMAS KINI: Awang Tengah bersama Fatimah (kanan) dan Sabariah (kiri) serta yang lain beraksi sebelum mesyuarat jawatankua­sa kabinet bagi PSDT di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam.
KEMAS KINI: Awang Tengah bersama Fatimah (kanan) dan Sabariah (kiri) serta yang lain beraksi sebelum mesyuarat jawatankua­sa kabinet bagi PSDT di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, semalam.
 ??  ?? UNTUK KESELAMATA­N: Dr Sim mengagihka­n topi keledar kepada salah seorang pengguna motosikal.
UNTUK KESELAMATA­N: Dr Sim mengagihka­n topi keledar kepada salah seorang pengguna motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia