Utusan Borneo (Sarawak)

NGO atau organisasi berasaskan komuniti perlu perluas peranan

-

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berasaskan komuniti perlu memperluas­kan peranan agar lebih sejagat dengan lebih ramai anggota masyarakat menerima perkhidmat­an mereka.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, NGO atau pertubuhan mampu mewujudkan keharmonia­n yang lebih sihat di kalangan masyarakat.

“Kita amat menghargai usaha NGO dan organisasi sebegini kerana mereka melakukan sesuatu yang amat baik kepada komuniti.

“Mereka mempunyai ramai ahli dan adalah lebih baik untuk anda memperluas­kan peranan atau khidmat anda agar lebih sejagat tanpa mengira siapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pen- yampaian geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 42 NGO dan pertubuhan di pejabatnya di sini, semalam.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, penerima MRP diminta menggunaka­n geran itu dengan penuh manfaat memandangk­an ia turut diberi kepada NGO di beberapa kawasan lain.

Jelasnya tidak dinafikan jumlah yang diberikan mungkin tidak begitu besar tetapi sekurang-kurangnya ia membantu mereka berkhidmat kepada komuniti.

“Bagaimanap­un anda (NGO) boleh mengemukak­an surat untuk memohon MRP lagi kepada saya,” tegasnya.

Sementara itu beliau turut mengajak semua masyarakat termasuk dari Kuching bersama memeriahka­n sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang diadakan di Sibu pada 16 September nanti.

 ??  ?? PROMOSI: Karim menerima kemeja-T KWJF 2017 daripada Soedirman sambil disaksikan Mok (kanan), Gracie (kiri) dan Edwin Abit (dua kiri).
PROMOSI: Karim menerima kemeja-T KWJF 2017 daripada Soedirman sambil disaksikan Mok (kanan), Gracie (kiri) dan Edwin Abit (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia