Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba jalankan khidmat khas potong cincin di jari cedera

-

BINTULU: Seorang lelaki di sini mengalami kecederaan pada hujung jarinya selepas terkena parang semasa membuat kerja rumah sehingga menyukarny­a mengeluark­an cincin yang tersarung pada jarinya yang tercedera tersebut semalam.

Berikutan itu, lelaki berumur 21 tahun tersebut bergegas ke Hospital Bintulu untuk mendapatka­n rawatan, namun pihak hospital menghadapi masalah untuk mengeluark­an cincin pada jari mangsa bagi tujuan untuk memudahkan rawatan pada jari yang sama.

Susulan itu, pihak hospital menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu di sini untuk membantu memberikan khidmat khas memotong cincin tersebut.

Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba ( TPgB) Di- Hata Gobel berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada pihak hospital seterusnya bergegas dengan tiga anggota yang diketuai oleh PB Jaferi Isa.

“Setibanya di hospital kami memotong cincin yang diperbuat daripada keluli tahan karat pada jari mangsa dan berjaya memotongny­a dalam masa sejam,” katanya sambil menambah operasi bantuan memotong cincin itu menggunaka­n peralatan khas bomba.

Selepas berjaya memotong cincin itu, mangsa seterusnya diberikan rawatan lanjut oleh pihak hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia