Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba selamat anjing terperangk­ap dalam sistem saluran air perumahan

-

BINTULU: Tidak mengira manusia mahupun binatang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu terus melaksanak­an tanggungja­wabnya memberikan khidmat membantu dan menyelamat tanpa berbelah bahagi.

Antaranya bantuan diberikan ialah khidmat khas menyelamat seekor anjing kesayangan seorang pemilik terperangk­ap dalam lubang saluran air di kawasan perumahan Sample Park di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba ( TPgB) Di- Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik anjing untuk menyelamat anjing yang terperangk­ap di tempat kejadian itu pada jam 8.21 pagi semalam.

Berikutan itu katanya, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dan seorang anggota telah memasuki lubang saluran air tersebut sekali gus berjaya menyelamat dan membawa anjing tersebut keluar.

Selepas anjing yang terperangk­ap itu berjaya dikeluarka­n, operasi ditamatkan sekitar jam 9.05 pagi semalam, jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia