Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut ibu kandung, lelaki didenda RM4,000 atau dua bulan penjara

-

MIRI: Mahkamah Majistret semalam mengenakan denda RM4,000 atau dua bulan penjara ke atas seorang lelaki kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Chin Khein Chai mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapny­a mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasar pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Andon Nan- ing, 71, dengan niat hendak menakutkan mangsa.

Chin, 44, dari Taman Ceria, Jalan Permyjaya Utama, Permyjaya di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 petang, 31 Ogos lalu di sebuah lot di Jalan Riam di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia