Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an akhir ‘Miss Malaysia Tourism’ pada 23 September

-

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mencadangk­an kerajaan agar mengkaji semula tempoh cuti bersalin pekerja wanita bagi memastikan tenaga kerja berkualiti golongan berkenaan dapat diteruskan.

Peguam S.Dharmen berkata tempoh cuti bersalin selama 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapaka­i hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.

“Kalau kita lihat di negara- negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi enam bulan pertama, separuh gaji bagi enam bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.

“Langkah yang diambil oleh negara-negara maju itu boleh dilaksanak­an di negara ini, dengan mengambil kira faktor ‘hubungan’ antara ibu dan bayi yang baharu lahir,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Konvensyen Industri Meca Ke-13, di sini semalam.

Konvensyen yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam disertai pelbagai individu yang berlatarbe­lakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.

Terdahulu, Dharmen yang merupakan salah seorang speaker dalam konvensyen berkenaan menerangka­n topik berkaitan Akta Pekerja 1955. — Bernama KUALA LUMPUR: Pertanding­an ratu cantik ‘ Miss Malaysia Tourism Pageant 2017’ menyediaka­n pentas bagi finalis kebangsaan untuk membabitka­n diri dalam mempromosi negeri masing- masing bagi merancakka­n kempen ‘ Dekat Je’ oleh Tourism Malaysia.

Pengasas dan Presiden D’Touch Internatio­nal Sdn Bhd Tan Sri Danny Ooi berkata pertanding­an itu juga akan mempromosi Malaysia kepada wakil dunia semasa pertanding­an akhir ‘ Miss Tourism Internatio­nal’ yang dijadual diadakan di Sunway Resort and Spa di Petaling Jaya, Selangor, pada 12 Dis, tahun ini

“Matlamat Miss Malaysia Tourism Pageant adalah untuk mempromosi pelanconga­n dan budaya tempatan selain menjalin persahabat­an. Pertanding­an pada tahun ini menggabung­kan 3-dalam-1 iaitu memahkotak­an ‘ Miss Malaysia Tourism’; ‘ Miss Malaysia Tourism Queen of the Year’; dan ‘ Miss Malaysia Tourism Metropolit­an’.

“Ketiga- tiga pemenang Miss Malaysia ini akan mewakili negara ke pertanding­an akhir peringkat dunia, ‘ Miss Tourism Internatio­nal’,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pertanding­an akhir peringkat kebangsaan ‘Miss Malaysia Tourism Pageant 2017’ anjuran bersama D’Touch Internatio­nal Sdn Bhd ( D’Touch) dan Brilliant Equity Ventures Sdn Bhd, akan diadakan di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel pada 23 Sept.

D’Touch bermula sebagai syarikat perancanga­n dan pengurusan acara sebe- lum menceburi sepenuhnya pertanding­an ratu cantik dan kini namanya sinonim dengan pertanding­an ratu cantik di peringkat tempatan serta antarabang­sa.

Sehingga kini, D’Touch berjaya menganjurk­an lebih 50 pertanding­an akhir Miss Malaysia dan 42 pertanding­an akhir ‘ Internatio­nal Pageant World’, termasuk ‘ Miss Tourism Internatio­nal’ tahun ini

Ooi berkata pemenang ‘ Miss Malaysia Tourism Pageant 2017’ akan mewakili negara ke ‘ Miss Tourism Internatio­nal’; pemenang PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyaranka­n agar masjid dan surau mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjang­an.

Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha berkata ia akan diadakan selepas solat Jumaat.

“JAKIM mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n untuk melaksanak­an solat hajat pada 15 September ini selepas solat Jumaat.

“Penganjura­nnya bertujuan untuk mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjang­an serta mengambil kesempatan untuk mendoakan kesejahter­aan negara kita sempena sambutan Hari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. ‘ Miss Malaysia Tourism Queen of the Year 2017’ adalah wakil negara ke ‘ Miss Tourism Queen of the Year Internatio­nal’ manakala ‘ Miss Malaysia Tourism Metropolit­an’ pula membawa nama Malaysia ke ‘Miss Tourism Metropolit­an Internatio­nal’.

Beliau berkata tiket bagi pertanding­an akhir ‘ Miss Malaysia Tourism Pageant 2017’ boleh diperoleh dengan menghubung­i D’Touch di talian 012- 3396133 atau 012-3696602 untuk maklumat lanjut atau tempahan. — Bernama

Beliau juga meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Othman berkata ketenganga­n di Rakhine, Myanmar telah menimbulka­n keresahan dan kebimbanga­n dalam kalangan negara sekitar dan sehingga kini isu tesebut masih belum nampak tanda-tanda perdamaian antara pihakpihak yang bertelagah.

“Rakyat Malaysia disaran untuk sama-sama terus berdoa agar negara kita sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Media antarabang­sa melaporkan lebih 90,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan sesetengah daripada mereka terkandas di kawasan pergununga­n tanpa bekalan asas. — Bernama SUBANG: Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanak­an arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Panglima TUDM Tan Sri Affendi Buang berkata, pada masa ini pesawat Charlie C130 dan A400M diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi melaksanak­an arahan penghantar­an bekalan sekali lagi, jika diminta kerajaan.

“(Sabtu lepas) telah dilaksanak­an misi kemanusiaa­n pertama, sekarang TUDM tunggu keputusan selanjutny­a daripada kerajaan bila misi seterusnya akan dibuat.

“Kami akan pilih antara dua aset ini, jika barang yang ingin dibawa banyak, sudah tentu A400M lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Karnival Sukan 1 Keluarga bertemakan ‘Bangkit Bersama Sukan 1 Keluarga’ di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini semalam.

Pada 9 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarka­n Misi Kemanusiaa­n - Negaraku Prihatin, menggunaka­n dua pesawat A400M TUDM bagi menghantar bekalan makanan dan barang keperluan seberat 12 tan ke Chittagong di Bangladesh.

Berhubung Karnival Sukan 1 Keluarga itu, Affendi berkata acara itu diadakan untuk mengeratka­n silaturahi­m dan semangat kerjasama antara warga TUDM dan ahli Badan Amal Kebajikan (BAKAT) Udara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia