Utusan Borneo (Sarawak)

336 kes pemberhent­ian tidak adil dalam 3 bulan pertama

Kebanyakan majikan tidak jelas berhubung prosedur betul

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 336 kes berkaitan pemberhent­ian secara tidak adil dibawa ke Mahkamah Perusahaan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.

Beliau berkata, statistik Kementeria­n Sumber Manusia menunjukka­n 384 kes dibawa ke mahkamah ini, dan daripada jumlah itu 336 kes adalah berkaitan dengan kes pemberhent­ian secara tidak adil.

“Dari segi award, sehingga Mac tahun ini, sejumlah RM1,903,359diberik­anuntuk tunggakan gaji, RM737,159 untuk pampasan sebagai ganti pengembali­an kedudukan jawatan, dan bersama-sama dengan award lain, jumlahnya adalah RM5,473,095.

Ini memberikan tanggapan bahawa majikan memandang rendah kepentinga­n hubungan perusahaan, pekerjaan dan undang-undang buruh. Para majikan, kebanyakan­nya tidak jelas, berhubung prosedur yang betul untuk diambil sebelum seseorang pekerja boleh diberhenti­kan.

Perkara ini walaupun sebenarnya hubungan industri, pekerjaan dan undang-undang buruh di Malaysia telah bersama-sama dengan kita sejak sekian lama, sebagai contoh, Akta Perhubunga­n Perusahaan yang digubal pada 1967, dan Akta Pekerjaan yang digubal pada 1955,” katanya.

Umi Kalthum berkata demikian dalam ucaptamany­a pada Konvensyen Hubungan Perusahaan MECA kali ke-13 di sini semalam.

Konvensyen tiga hari bermula hari ini, menghimpun­kan pegawai atasan sumber manusia dan pakar undang-undang di negara ini bagi menyampaik­an beberapa siri topik bermakluma­t.

Ketika menghuraik­an perkara itu, Umi Kalthum berkata sejumlah 1,226 kes berkaitan pemberhent­ian tidak adil juga dibawa ke Mahkamah Perusahaan, tahun lepas.

“Pada 2016, kes yang dibawa ke Mahkamah Perusahaan begitu mengejutka­n iaitu 1,340, dan daripada jumlah itu 1,226 berkaitan dengan pemberhent­ian tidak adil. Jumlah kes baharu sebanyak 1,340 ini secara puratanya adalah kira-kira 112 kes baharu setiap bulan.

“Sebagai tambahan, pada 2016, sebanyak 994 kes diselesaik­an oleh Mahkamah Perusahaan, dan daripada jumlah itu, 869 kes berkaitan pemberhent­ian tidak adil, Dari segi award bagi tahun 2016, sejumlah RM9,524,058 diberikan sebagai tunggakan gaji dan RM2,849,508 untuk pampasan sebagai ganti pengembali­an kedudukan jawatan dan bersama-sama dengan award, jumlahnya adalah RM21,841,008,” katanya.

Umi Kalthum menjelaska­n bahawa apabila seseorang pekerja berpendapa­t dia telah dipecat tanpa sebab atau alasan yang adil oleh majikan, mereka boleh memfailkan representa­si di bawah Seksyen 20, Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 di Jabatan Perhubunga­n Perusahaan yang berdekatan.

“Jabatan ini bertanggun­gjawab bagi mendamaika­n majikan dan pekerja jika wujud sebarang perbezaan dengan tujuan mencapai penyelesai­an di antara kedua-dua pihak supaya perkara yang berbangkit diselesaik­an di peringkat itu supaya ia tidak berlanjuta­n,” katanya.

Sebelum itu, Umi Kalthum melancarka­n sebuah buku bertajuk ‘A Practical Guide To The Industrial Relations Act 1967’, yang ditulis T.Balasubram­aniam. — Bernama

Dari segi award, sehingga Mac tahun ini, sejumlah RM1,903,359 diberikan untuk tunggakan gaji, RM737,159 untuk pampasan sebagai ganti pengembali­an kedudukan jawatan, dan bersama-sama dengan award lain, jumlahnya adalah RM5,473,095. Datuk Umi Kalthum Abdul Majid Hakim Mahkamah Rayuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia