Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan mesra di Rumah Putih

-

WASHINGTON, D. C.: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n perbincang­an beliau dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Selasa sebagai ‘pertemuan yang positif dan mesra’.

Kedua-dua pemimpin dilihat gembira berjabat tangan beberapa kali dan memaut lengan masing-masing semasa berjalan masuk dan keluar bilik mesyuarat West Wing.

“Kali terakhir kami berjumpa beberapa tahun lepas, kami bermain golf satu pasukan. Ia pertemuan yang berjaya bagi kami kerana pasukan kami menang.

“Dan perbincang­an kami tadi (kelmarin) banyak tertumpu kepada bagaimana kedua-dua negara boleh terus berjaya dengan bekerjasam­a erat,“katanya pada jamuan malam Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN dan Dewan Perniagaan Amerika di Hotel St Regis di sini.

Najib tiba di Rumah Putih pada jam 11.45 pagi dan disambut Presiden Trump di pintu masuk West Wing.

Najib dan Trump mengadakan perbincang­an dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masingmasi­ng sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsun­g lebih sejam.

Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata, Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapka­n selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

“Trump diingatkan oleh seorang daripada pegawainya mengenai perkara itu tetapi beliau memberitah­u pegawai itu yang beliau akan mengiringi PM Najib hingga ke tingkat bawah untuk mengucapka­n selamat jalan,

“Trump berkata beliau (Najib) sahabat saya,” menurut pegawai itu.

Pada majlis jamuan itu, perdana menteri berkata tahun lepas perdaganga­n antara Malaysia dan Amerika berjumlah hampir AS$33 bilion.

“Kita perlu mengembali­kan tahap interaksi kerana terdapat peluang besar bagi kedua- dua negara untuk meneroka lebih luas dan meraih manfaat daripada hubungan perdaganga­n dan pelaburan yang lebih erat,” katanya.

Najib berkata tahun lepas sahaja, syarikat-syarikat Amerika membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada AS$1 bilion, pelaburan langsung asing ( FDI) ke Malaysia.

Amerika merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah saham FDI bernilai RM36 bilion atau AS$8.5 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Najib (kiri) beramah mesra bersama Trump selepas membincang­kan hubungan strategik antara kedua-dua negara di Rumah Putih di Washington D.C., kelmarin.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Najib (kiri) beramah mesra bersama Trump selepas membincang­kan hubungan strategik antara kedua-dua negara di Rumah Putih di Washington D.C., kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia