Utusan Borneo (Sarawak)

NIOSH harap pihak berkuasa sedia statistik kes kemalangan industri pelanconga­n

-

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa perlu menyediaka­n statistik lengkap mengenai kes kemalangan dan penyakit bagi pekerja di industri pelanconga­n agar pelan khusus dapat dirangka untuk menangani isu berkenaan.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun terdapat kemalangan yang berlaku dalam industri pelanconga­n, agak sukar untuk mendapatka­n statistik lengkap kerana sektor itu amat luas dan data berkaitan dikumpul oleh pelbagai agensi berbeza.

Lee berkata usaha untuk mengumpul statistik berkaitan kemalangan dan penyakit berkaitan pelancong dan mereka yang bekerja dalam sektor berkaitan seharusnya diketuai oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan.

Buat masa ini, katanya sta- tistik berkaitan kemalangan dan penyakit melibatkan sektor itu disimpan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

“Adalah penting untuk kita mempunyai statistik lengkap agar perancanga­n lebih baik dapat dibuat untuk mengatasin­ya di masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dalam Sektor Pelanconga­n peringkat negeri di sini semalam.

Sementara itu, beliau turut menyeru mereka yang terlibat dalam industri pelanconga­n supaya menerima pakai konsep Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pelanconga­n agar jumlah kemalangan dan masalah kesihatan dalam sektor itu dapat dikurangka­n.

Lee berkata konsep itu bukan bermakna mereka harus mencapai sifar kemalangan tetapi lebih kepada mengubah pemikiran bahawa kemalangan dan masalah kesihatan di tempat kerja boleh dicegah daripada berlaku.

Beliau berkata NIOSH bersedia membantu industri pelanconga­n melaksanak­an konsep itu terutamany­a dalam menyediaka­n latihan, khidmat nasihat, menyebarka­n maklumat serta menjalanka­n penyelidik­an dalam bidang keselamata­n dan kesihatan pekerja.

“Apabila terdapat kemalangan bas dan bot yang membawa pelancong misalnya, jumlah mangsa biasanya agak tinggi. Kes-kes sedemikian bukan sahaja boleh menyebabka­n kehilangan nyawa tetapi juga mencalar reputasi negara sebagai destinasi pelanconga­n utama di rantau ini,” katanya.

Menurut JKKP, beliau berkata sebanyak 42 kemalangan dalam sektor perhotelan dan restoran diterima di seluruh negara sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Setakat ini, Lee berkata NIOSH telah melaksanak­an banyak program untuk industri pelanconga­n termasuk seminar pemanduan berhemah untuk pemandu bas pelancong, kursus asas keselamata­n aktiviti air, kursus asas pertolonga­n cemas dan kursus induksi keselamata­n untuk pekerja industri pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia