Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat syukuri pelantikan Sultan Kedah yang baharu

Pelantikan baginda yang berjiwa rakyat adalah tepat

-

ALOR SETAR: Pemasyhura­n Sultan Kedah yang baharu, Tuanku Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah kelmarin disambut penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat jelata di negeri ini.

Pelbagai lapisan rakyat berbilang kaum dan agama rata- ratanya menjunjung kasih di atas pemasyhura­n itu dan menyifatka­n pelantikan baginda yang berjiwa rakyat dan penyayang itu sebagai tepat.

Seorang pekerja swasta, Mohd Firdaus Abu Bakar, 29, berkata beliau yakin baginda mampu meneruskan kepimpinan dan kewibawaan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebelum ini dengan lebih baik.

Beliau turut berharap agar baginda dapat mendekati rakyat jelata dengan lebih kerap selepas ini bagi memahami masalah dan luahan hati rakyat.

Pelantikan ini sekali gus meneruskan kesinambun­gan kesultanan Kedah yang dipercayai antara yang tertua di dunia.

“Tuanku merupakan seorang raja berjiwa rakyat seperti mana kekandanya, saya berharap agar tuanku sihat sentiasa dan mentadbir Kedah dengan adil dan saksama,” katanya.

Setiausaha Pertubuhan Bantuan Kebajikan Masyarakat Miskin Negeri Kedah, A Sundra Lingam, 31, berkata Tuanku Sallehuddi­n cukup berpengala­man dalam pentadbira­n negeri khususnya ketika menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan selama Almarhum Sultan Abdul Halim bersemayam di Istana Negara.

Seorang penjawat awam, Noor Amera Mohd Nawi, 27, pula berharap agar Sultan Kedah yang baharu ini dapat memayungi negeri Kedah dengan penuh adil dan saksama selain menegakkan kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi.

“Pelantikan ini sekali gus meneruskan kesinambun­gan kesultanan Kedah yang dipercayai antara yang tertua di dunia,” katanya.

Wartawan di sebuah akhbar berbahasa Cina, Nelson Ooi Theng Hoi, 29, pula berkata beliau sangat mengagumi perwatakan Tuanku Sallehuddi­n sejak baginda menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.

“Sepanjang membuat li- putan mengenai baginda sebelum ini, baginda selalu senyum dan amat mudah didekati rakyat,” katanya.

Tuanku Sallehuddi­n sebelum ini dimasyhurk­an sebagai Raja Muda Kedah sempena keberangka­tan pulang Almarhum Tuanku Abdul Halim setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintah­an sebagai Yang di- Pertuan Agong pada 15 Dis 2016.

Baginda menggantik­an Raja Muda Kedah sebelum ini iaitu, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 Nov 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, akibat kegeringan.

Tuanku Sallehuddi­n juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantik­an Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Dis 2016. — Bernama

Noor Amera Mohd Nawi Penjawat awam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia