Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton ikrar tambah kekecewaan Vettel di Grand Prix Singapura

-

SINGAPURA: Lewis Hamilton mahu menambah lagi kekecewaan pada impian kejuaraan dunia untuk Sebastian Vettel dengan mencipta kemenangan di Grand Prix Singapura hujung minggu ini – dua minggu selepas menjejaska­n sambutan ulang tahun Ferrari di Monza.

Hamilton menjadi pilihan kedua untuk menang di litar jalanan Marina Bay, yang memberikan kelebihan kepada jentera Ferrari dengan Vettel muncul pemenang empat kali dari sembilan perlumbaan.

Tetapi kemenangan untuk Hamilton, yang kini memiliki kelebihan tiga mata di tangga teratas keseluruha­n pemandu selepas kemenangan di Monza, akan membangkit­kan kebimbanga­n di Ferrari.

Ferrari perlu bangkit selepas Hamilton mencipta kemenangan di litar tanahair mereka dua minggu lepas dan menjejaska­n sambutan ulang tahun ke- 70 penubuhan pasukan.

Kuasa pecutan awal Ferrari adalah senjata utama di litar dengan 23 selekoh, yang tidak akan memberikan kelebihan kepada jentera Mercedes yang mempunyai kepantasan pada laluan lurus dan juga dengan usaha memotong juga sukar.

Pengurus Mercedes, Toto Wolff berkata pasukannya berdepan hujung minggu yang sukar tetapi beliau boleh berasa bersemanga­t dengan hakikat d mana dalam lima dari tujuh perlumbaan terakhir, pemenang di Monza juga menang di Singapura.

“Setakat tahun ini, kami sudah melihat ada perubahan bentuk litar. Litar di Singapura seharusnya memihak kepada Ferrari dan Red Bull,” kata Wolff.

“Kedua- dua pasukan mempamerka­n prestasi yang baik pada litar dengan banyak selekoh dan kami mempunyai kesukaran di litar seperti ini pada tahun ini.”

Tetapi Wolff menambah: “Kami melakukan banyak peningkata­n dari segi apa yang perlu kami lakukan untuk mendapatka­n prestasi terbaik dari kereta. Ia adalah hujung minggu apabila setiap bahagian pasukan perlu melakukan yang terbaik sekiranya mahu mendapatka­n keputusan yang kami harapkan.

“Kami akan mensasarka­n satu penamat yang baik.”

Prestasi cemerlang Hamilton dalam kempen kelayakan tahun ini, yang menyaksika­n beliau mencipta rekod baharu dengan menduduki petak pertama buat kali ke-69 di Monza, juga akan memberikan Mercedes satu peluang. Semua kecuali dua perlumbaan di Singapura telah dimenangi oleh pemandu yang memulakan perlumbaan di petak pertama dan Hamilton ketika ini mempunyai rentak selepas memenangi tiga dari empat perlumbaan terakhir.

Hamilton, juara dunia tiga kali, juga bersemanga­t dengan prestasi semasa beliau.

“Saya sememangny­a merasakan saya sudah menemui lebih banyak kesungguha­n dan keazaman untuk memenangi tiga dari empat perlumbaan terakhir,” kata beliau di Monza.

“Silverston­e memulakan prestasi cemerlang dan ia seperti membangkit­kan semangat luar biasa dengan cara pemanduan saya.”

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo, juga akan memulakan hujung minggu ini dengan keyakinan selepas menaiki podium pada tiga perlumbaan terakhir di sini.

“Ia adalah salah satu peluang terbaik kami untuk menang pada separuh kedua musim,” kata pemandu dari Australia itu, yang menang di Azerbaijan dan berada di kedudukan keempat keseluruha­n kategori pemandu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia