Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger tidak mahu pandang ‘enteng’ kejohanan Liga Europa

-

LONDON, England: Arsenal akan memulakan kempen Liga Europa buat kali pertama selepas hampir dua dekad sentiasa beraksi dalam Liga Juara-Juara minggu ini, dengan AC Milan juga mahu membuktika­n kredibilit­i mereka.

Arsenal, yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lepas di tangga kelima – kali pertama berada di luar empat tangga teratas liga sejak 1995/1996 – akan menentang kelab dari Jerman, Cologne hari ini di Stadium Emirates.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata pasukannya akan melihat kejohanan ini dengan serius walaupun kecewa gagal mengekalka­n rekod 19 kali berturut-turut beraksi dalam Liga JuaraJuara.

“Kami akan melihat kejohanan ini dengan serius tetapi keutamaan kami tetap dalam Liga Perdana Inggeris,” kata beliau dalam satu komentar yang dilaporkan oleh akhbar British, Daily Telegraph.

“Dan kemudian, pada bulan Disember, kita akan lihat tetapi sekurang- kurangnya layak ke pusingan seterusnya. Khamis sehingga pagi Ahad adalah singkat, jadi saya harus memikirkan persediaan pasukan. Tetapi kami harus menang perlawanan di tempat sendiri dan anda tahu situasinya jika tidak menang di gelanggang sendiri.”

Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, yang memenangi kejuaraan Liga Europa pada 2012/2013 ketika bersama Chelsea, berkata kejuaraan untuk pertanding­an ini adalah antara sasaran yang berbaloi untuk dimenangi.

“Kami membuat keputusan di mana ia adalah kali pertama dan saya berharap kali terakhir untuk kami beraksi dalam Liga Europa dan kami mahu memenangin­ya,” kata beliau.

Manchester United memenangi kejohanan ini musim lepas, membolehka­n mereka layak beraksi dalam Liga JuaraJuara pada musim ini walaupun berada di luar empat tangga teratas liga.

Wenger, di mana pasukannya tewas di final kejohanan ini pada 2000 kepada Galatasara­y, dijangka akan merombak skuadnya dalam aksi Kumpulan H, yang turut disertai Red Star Belgrade dan BATE Borisov dari Belarus.

AC Milan, juara tujuh kali Piala Eropah, bagaimanap­un mempunyait­ugaslebihm­udahapabil­a diundi bersama-sama Austria Vienna, AEK Athens dan Rijeka dari Croatia dalam Kumpulan D ketika mereka kembali beraksi di Eropah buat kali pertama sejak musim 2013/2014.

AC Milan, yang mahu memenangi satu-satu trofi Eropah yang gagal dimenangi mereka sehingga kini, kelihatan dalam proses pemulihan sejak di bawah pemilikan warga dari China selepas bertahun-tahun gagal menyerlah.

Selepas tewas 1- 4 kepada Lazio hujung minggu lepas, mereka akan memulakan kempen Eropah di Austria Vienna selepas melepasi dua pusingan kelayakan.

“Kami adalah skuad baharu. Ia tanggungja­wab saya dan pengurusan kelab untuk membawa kejayaan di kelab ini,” kata kapten AC Milan, Leonardo Bonucci. — AFP

 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia