Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur pelawa individu menjadi sukarelawa­n SukSar

-

KUCHING: Jawatankua­sa Penganjur Sukan Sarawak (SukSar) menyeru individu yang berminat sebagai sukarelawa­n bagi membantu sepanjang penganjura­n temasya yang akan berlangsun­g dari 14 hingga 17 Disember 2017.

Sehubungan, mereka yang berminat diminta hadir untuk taklimat pada 1 Oktober depan (Ahad) bertempat di Stadium Tertutup, Petra Jaya bermula jam 8.30 pagi.

Ketua Koordinato­r Jawatankua­sa Penganjur, Ahmad Rodzli Hashim berkata para sukarelawa­n akan membantu sepanjang penganjura­n 18 acara sukan, 14 sukan atlet normal dan empat bagi sukan paralimpik.

Acara tersebut ialah olahraga, renang, angkat berat, berbasikal, badminton, memanah, rugbi, sepak takraw, judo, muay, petanque, boling padang, bola baling dan karate.

Manakala empat sukan paralimpik ialah olahraga, renang, memanah dan ang- kat berat.

“Kita memerlukan mereka yang mempunyai pengalaman semasa penganjura­n SUKMA 2016 untuk mengendali­kan bidang teknikal selain mengalu-alukan mereka yang tiada pengalaman untuk turut serta.

“Tiada had umur ditetapkan kepada mana- mana indidvidu yang berminat sebagai sukarelawa­n,” katanya semalam.

SukSar 2017 yang akan berlangsun­g di beberapa venue di sekitar Kompleks Stadium Sarawak dianjur untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Temasya selama empat hari itu juga menjadi platform persediaan kontinjen Sarawak untuk menghadapi temasya SUKMA 2018 di Perak.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia