Utusan Borneo (Sarawak)

58 peserta ikuti Klinik Futsal Milo 2017 di Sibu, Miri

-

SIBU: Seramai 58 peserta mengikuti Klinik Futsal Milo 2017 di Sibu dan Miri sejak dua bulan lalu.

Di sini, 30 peserta mengikuti Klinik Futsal Milo Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsun­g di Stadium Bukit Lima.

Klinik Futsal Milo meneruskan usaha mencungkil dan memupuk juara sukan masa depan negara di peringkat akar umbi apabila melancarka­n Program Klinik Juara Futsal kali kedua di sini, baru-baru ini.

Klinik ini diketuai oleh Jurulatih Futsal Malaysia dan ketua modul futsal, Chiew Chun Yong.

Manakala bagi peringkat bahagian Sibu, Klinik Futsal Milo dilaksanak­an di bawah kendalian jurulatih berpengala­man, Halel Mohd Ibrahim serta dibantu oleh Alexander Abas, Zamri Kiprawi Bujang, Hegler dan Hairol.

Menurut Halel, program itu adalah permulaan akar umbi jangka masa panjang bagi melahirkan pelapis baharu dalam sukan futsal.

Selain itu, katanya, ibu bapa adalah tunjang utama dalam memberikan semangat kepada kanak-kanak untuk menceburka­n diri dalam aktiviti sukan.

“Berdasarka­n pengalaman saya, kanak-kanak yang menerima sokongan penuh daripada ibu bapa akan merasai keseronoka­n bersukan di mana sahaja mereka bermain,” ujarnya.

Program Klinik Juara Futsal tahun ini telah disertai 400 kanak-kanak dari seluruh negara. Selain futsal, beberapa sukan lain seperti hoki, badminton, bola jaring dan boling turut diadakan di bengkel sukan yang berlangsun­g di Pulau Pinang, Johor, Miri, Sibu, Kelantan dan Selangor.

Program Klinik Juara menawarkan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk mempelajar­i dan memperoleh kemahiran bagi jenis sukan berbeza.

“Program ini bertujuan menguji ketahanan fizikal dan mental peserta sejak kecil bagi mempersiap­kan diri mereka untuk berdepan cabaran menjadi seorang atlet pada masa akan datang.

“Selain itu, program ini turut menerapkan satu ceramah motivasi kepada ibu bapa peserta mengenai nutrisi yang perlu bagi pembesaran dan kecergasan anak mereka.

“Oleh itu diharap lebih ramai ibu bapa yang akan menghantar anak anak mereka untuk menyertai program seumpama ini pada masa akan datang,” ujar Halel.

Sementara itu di MIRI, seramai 28 kanak-kanak termasuk lima perempuan menyertai Klinik Juara Futsal Milo 2017 yang berlangsun­g dari 22 Julai hingga 10 September lalu.

Jurulatihn­ya Fadillah Ibrahim berkata, program itu adalah kesinambun­gan program tahun lalu yang juga mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun ini diberi pendedahan dan teknik betul bermain futsal termasuk kawalan bola, strategi dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Fadilah berkata, pemainan futsal secara asasnya amat berbeza dengan perlawanan 11 pemain iaitu memerlukan pergerakan pantas dan stamina tinggi.

“Kita percaya jika kanakkanak ini dibentuk pada usia muda, mereka akan berpengala­man dan mampu menjadi pemain futsal negara pada masa akan datang,” katanya.

Fadilah percaya, objektif Milo dalam menganjurk­an program sukan pada usia muda ini mencapai matlamatny­a dan ia perlu diteruskan pada tahuntahun akan datang.

“Menerusi sokongan berterusan Milo, tidak mustahil kita boleh mengasah atau melahirkan lebih ramai pemain futsal berbakat khasnya di kalangan kanak-kanak,” ujarnya.

Pada masa sama, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam memberi galakan kepada anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti sukan.

“Anak-anak akan lebih bersemanga­t untuk bersukan jika ibu bapa sentiasa memberi galakan dan sokongan moral kepada mereka,” jelasnya.

Fadilah berkata, klinik itu turut dikendalik­an oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Elizabeth Oyau serta pembantu jurulatih bertauliah.

 ??  ?? KURSUS FUTSAL: Halel (berdiri barisan belakang kiri) bersama jurulatih dan peserta Klinik Futsal Milo Peringkat Bahagian Sibu merakamkan kenangan selepas tamat kursus.
KURSUS FUTSAL: Halel (berdiri barisan belakang kiri) bersama jurulatih dan peserta Klinik Futsal Milo Peringkat Bahagian Sibu merakamkan kenangan selepas tamat kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia