Utusan Borneo (Sarawak)

Diana Danielle jual maruah untuk hidup mewah dalam Raisha

-

KOS kehidupan yang tinggi sering dikaitkan sebagai antara faktor jenayah bertambah dalam kalangan masyarakat. Segelintir masyarakat pula mengambil jalan pintas dengan menjual diri mereka demi meraih keuntungan dan kemewahan.

Beban kehidupan ini dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Perkara inilah yang dipaparkan dalam drama bersiri terbaru slot Lestary berjudul Raisha di TV3, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Membariska­n pelakonpel­akon hebat seperti Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Tunku Hanis, dan Taib Zamannuri, drama 13 episod ini diterbitka­n oleh Orangetree Production Sdn Bhd di bawah arahan Nizam Zakaria.

Menurut Nizam, drama Raisha ini menekankan nilai kekeluarga­an dan persoalan-persoalan kemasyarak­atan seperti kepentinga­n bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan pengaruhpe­ngaruh rakan sebaya terhadap gejala sosial yang buruk.

“Nilai serta persoalanp­ersoalan ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian anak-anak kita yang sering terdedah dengan pengaruh-pengaruh dunia luar. Tambahan pula, gabungan artis-artis muda dan senior memberikan sinergi yang baik. Mereka mampu bina hubungan (chemistry) yang baik,” katanya.

Selain itu tambahnya, antara faktor X drama ini adalah pada ceritanya sendiri yang mengajar kita bahawa perbuatan dan pengamalan tabiat buruk hanya akan membawa padah.

Drama bersiri Raisha mengisahka­n seorang gadis materialis­tik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat.

Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu.

Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendakny­a, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberonta­k apabila permintaan­nya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat buruk Raisha semakin menjadimen­jadi apabila dia mula melanjutka­n pelajarann­ya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai.

Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen.

Berbekalka­n dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly.

Namun, kebahagiaa­n yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Bagaimanak­ah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaik­i kehidupann­ya? Saksikan kisah Raisha dalam drama Lestary Raisha setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ?? LAKONAN BERKESAN: Diana Danielle dalam salah satu adegan drama Raisha yang akan ditayangka­n di saluran TV3.
LAKONAN BERKESAN: Diana Danielle dalam salah satu adegan drama Raisha yang akan ditayangka­n di saluran TV3.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia