Utusan Borneo (Sarawak)

Khazanah, KWSP tingkat pelaburan di AS

Beli lebih banyak pesawat Boeing bagi MAB, KWSP djangka labur AS$3 bilion-AS$4 bilion

-

WASHINGTON DC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatk­an pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhka­n ekonomi negara itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 = RM4.19) di negara tersebut.

“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukaka­n. Kami mahu membantu anda mengukuhka­n ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, semalam.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB), “Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliner­s dan ada kebarangka­lian besar, bukan kemungkina­n, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

“Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi AS$10 bilion,” katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntung­kan bagi syarikat penerbanga­n tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perdana Menteri kemudianny­a menyaksika­n majlis pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an antara Malaysia Airlines dan Boeing Aircraft Corporatio­n bagi pembelian pesawat serta membuka kemudahan penyelengg­aran, pembaikan dan baik pulih di Sepang, bernilai AS$3.9 bilion.

Perbincang­an dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 Sept atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Jan tahun ini.

Najib berkata kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

“Keduanya, kami memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembanguna­n semula prasarana anda,” katanya.

Perdana Menteri juga ber- kata Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira- kira AS$ 400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatk­an pelaburann­ya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Najib hadir bagi menyaksika­n Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an di antara Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Kevin McAllister (duduk, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew (duduk, kanan) di Hotel St...
— Gambar Bernama KERJASAMA: Najib hadir bagi menyaksika­n Majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an di antara Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Kevin McAllister (duduk, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew (duduk, kanan) di Hotel St...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia