Utusan Borneo (Sarawak)

Iflix lantik Jhingan sebagai Ketua Pegawai Komersial dan Kewangan

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an televisyen Internet, iflix, melantik Pengarah Kumpulan bagi Penggabung­an dan Pengambila­lihan dan Pembanguna­n Antarabang­sa Sky plc di London, Anil Jhingan, sebagai Ketua Pegawai Komersial dan Kewanganny­a.

iflix dalam satu kenyataan berkata, Jhingan, yang berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutifn­ya sejak Mac 2016 dan memegang pelbagai jawatan eksekutif di Sky plc, 21st Century Fox dan News Corp, akan menyertai syarikat itu pada 1 Okt, 2017.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iflix, Mark Britt, berkata kekukuhan kewangan Jhingan serta kepakarann­ya dalam korporat dan industri akan menjadi suatu yang bernilai kepada syarikat ketika ia meneruskan momentumny­a bagi menyediaka­n hiburan menarik kepada berbilion-bilion orang.

“Kami telah pun mendapat manfaat daripada pengalaman Jhingan sebagai ahli lembaga pengarah dan saya gembira beliau kini malahan boleh terlibat lebih banyak lagi dalam kapasiti eksekutif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan iflix sekarang, Georg Chmiel telah berpindah ke jawatan baharu sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif iCar Asia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia