Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia papar logo UPM pada pesawat AirAsia

-

SEPANG: AirAsia menjalin usaha sama unik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila buat pertama kalinya di dunia, logo dan moto universiti itu dipapar di pesawat syarikat penerbanga­n tambang rendah itu.

Logo ‘ Universiti Putra Malaysia’, moto ‘With Knowledge We Serve’ dan ikon, pokok hutan hujan yang direka bentuk oleh Falkulti Rekabentuk dan Senibina, dilukis pada pesawat Airbus A320200 AirAsia dengan nombor pendaftara­n 9MAQD.

Pelancaran pesawat itu disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh di hangar Sepang Aircraft Engineerin­g Sdn Bhd di sini kelmarin.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata perkhidmat­an pesawat itu akan digilirkan antara destinasi penerbanga­n ke beberapa destinasi Asia bagi memboleh seramai mungkin masyarakat Asia melihatnya.

Beliau berkata kos mere- ka bentuk dan mengecat logo itu berjumlah kira-kira AS$50,000, dan pada masa hadapan, pihaknya merancang meletakkan gambar penutut dan program yang ditawarkan oleh UPM di dinding kabin di dalam pesawat.

Dalam ucapannya sebelum itu, Naib Canselor UPM Datin Paduka Aini Ideris berkata UPM bangga menjadi universiti pertama yang mempunyai logo tertera pada pesawat AirAsia.

“Walaupun ia bukan inisiatif komesial, AirAsia menye- diakan platform untuk UPM dalam bidang reka cipta, kreativiti dan projek seni berimpak tinggi,” katanya.

Sementara itu, Idris memberitah­u pemberita bahawa usaha sama UPM-AirAsia itu adalah hasil daripada program CEO@Faculty kementeria­n di UPM, yang dilancarka­n dua tahun lepas, dengan ketua-ketua pegawai eksekutif dipelawa memberi ceramah di univerisit­i-universiti dan menjalin rantaian dengan pensyarah dan penuntut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENCIPTA NAMA: Idris bersama Tony Fernandes bergambar bersama warga UPM di pesawat Airbus A320-200 pada pelancaran UPM Livery pada Pesawat AirAsia di hangar pesawat Sepang Aircraft Engineerin­g di Sepang, kelmarin. Hasil kerjasama strategik UPM dan syarikat penerbanga­n tambang murah itu telah menghasilk­an ‘livery’ pada pesawat Airbus A320-200.
— Gambar Bernama MENCIPTA NAMA: Idris bersama Tony Fernandes bergambar bersama warga UPM di pesawat Airbus A320-200 pada pelancaran UPM Livery pada Pesawat AirAsia di hangar pesawat Sepang Aircraft Engineerin­g di Sepang, kelmarin. Hasil kerjasama strategik UPM dan syarikat penerbanga­n tambang murah itu telah menghasilk­an ‘livery’ pada pesawat Airbus A320-200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia